SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI


Assalamualaikum....

Di kesempatan ini aku ingin ucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin kepada semua rakan2 blogger dan pembaca sekalian....terlewat sikit ak wish kan, tapi xpa masih dalam bulan syawal kan?

Ampun maaf sekali lagi, kerana sudah lama aku biarkan blog aku ni x berhupdate, dah penuh dah habuk2 dan sarang lebah..al maklulm la bz kata kan, bz la sangat.....penyakit "M" tu yg buat kan blog ni terbiar hehe,,,sekarang ni dalam proses nk cuci balik habuk2 dan sarang lebah nih.

serba sedikit kisah raya aku, cam biasa je, cam tahun2 lepas gak, masih lagi single, belum sampai seru lagi nk beraya ngn pasangan hehe, cukup la sekadar raya bersama family tersayang hehe. tapi raya tahun ni x terasa sangat, sebab cepat sangat masa berlalu, cuti pun x panjang, balik pun malam raya sebab tu la xda rasa nak raya pun. Raya tahun ni ak x sempat nk menziarahi umah kawan2 aku, maaf sangat. sebab faktor jalan yang sesak membuatkan aku menjadi malas hehehe.

Mana pic raya? hahaha..maaf lah tahun nih ak x bergambar sangat, x tau la knp mood nak bergambar pun malas, tgk je la kad raya aku kat atas tu, tu pun baju raya tahun lepas, baju raya tahun x sempat nak posing hehe, tu guna pic yg lepas, ala kira sama je...tujuan nk sampaikan benda yang sama je. Kalau tgk kawan2 beraya, mak i, beraya sakan diorang, berpasang2 baju nya, raya pertama je penuh pic kat fb. Xpa janji depa heppy kan......

Dek kerana aku lama x update blog kan...so kali ni nk story panjang sikit boleh? hehe mesti lah boleh sebab ni kan blog aku, blog yang mencerita kan kisah aku...kpd yg sudi baca tu terima kasih banyak2 ya. Dan yang view saja pun terima kasih juga....

kenapa ak x rasa nk beraya sangat kali ni, sebab tahun ni raya jatuh pada bulan ogos lagi, tahun lepas jatuh pada hari birthday aku, tahun ni awal sikit, tapi tetap juga dalam bulan ogos, bulan yang paling aku takut, lau org lain bulan birthday heppy kan? tapi sebaliknya, ak x berasa heppy pun, sedih ada la...terpaksa menjiwai watak untuk mengheppy kan org lain hehe...

hye khai, orang beraya mesti lah happy kan, ni sedih plak, kenapa? lau bab kenapa tuh, banyak sebab2 nya, kalau yang follow blog aku yang da lama confirm tahu kenapa, k la, terdetik aku nk bercerita kembali, sebenarnya bulan ogos ni banyak kenangan pahit dalam hidup aku, kenangan manis tu boleh dikira dengan jari...lau yang pahit tu x terkira...mmmmm

Bab tajuk lagu New Boys, Sejarah Mungkin Berulang, memang kena la, tahun ni pun sejarah berulang kembali, seperti tahun lepas, tahun lepas aku resign  sebelum raya, dalam bulan 8 juga, tahun ni pun sama, beza nya kali ni lepas raya pun dalam bulan 8....hari ni last day aku kerja, sedih sangat2 sedangkan aku enjoy kerja sana, tapi dek kerana faktor2 tertentu membuatkan aku terpaksa, xda siapa pun yang tahu hanya diri aku dan Allah saje yang tahu.

aku x nak citer balik kenangan silam yang penuh menyedih kan tu, cukup citer nih je yg dapat aku kongsikan. Ini semua dah tertulis dalam hidup aku, kita x boleh nk melawan takdir, sebab ini semua ketentuan Illahi, apa yang aku boleh kata kan, mungkin bukan rezeki aku.

Lagi beberapa hari lagi untuk aku menyambut hari tua aku, berasa takut sangat, lau boleh x nak ingat pun tarikh birthday, tapi teringat juga, nak x nak terpaksa tempuhi dengan tabah dan sabar.

Ya Allah terima kasih kerana Engkau selalu memberi ujian kepada aku, aku tahu Engkau sayang kan aku, jika sudah sampai masanya aku redha Ya Allah. Kerana aku dah x sanggup lagi.....bukan aku cepat mengalah, sebab sudah lama aku hadapi dan tempuhi...tapi Terima Kasih kerana memberi kekuatan untuk aku terus hidup.

Aku cuba untuk lupa kan kisah lama, tapi kisah tu masih segar dalam ingatan aku. Cukup lah x boleh lebih2 bulan syawal ni x baik sedih2 kan...hehehe...itu kisah aku, biar la aku hadapi sendiri hehe.

Kepada kawan2 ku sekalian, di saat ni aku maaf kan segala salah dan silap korang terhadap aku, walaupun xda pun ak maaf kan, dibulan mulia ini, kita saling bermaafan la ya, sama la ngn aku, aku ingin mohon maaf dari hujung rambut sampai lah hujung kaki, sekiranya aku ada wat salah dan silap, terkasar bahasa yang membuatkan korang terguris, tersindir terkutuk termengumpat dan segalanya lah, ak mohon maaf k, andai nya ini tahun akhir buat aku, halal kan makan minum aku k....dan aku juga halal kan makan minum korang..dan kepada bologger juga sama ak mohon maaf k...0-0 yang lepas biar la lepas, tutup buku lama, buka buku baru k....


Dalam xda pic, adalah terselit sekeping gambar raya aku, tu la baju raya aku tahun nih, simple je, but ok la kan.....raya tahun ni x bertema pun x sempat nak bertema hehehe....warna kuning tu banyak membawa maksud dalam hidup aku, that y tahun ni ak pilih baju kaler nih, walaupun susah nak dapat, tu pun pakai raya pertama je...lepas tu simpan lam almari....hehehehe




tapi si cilik nih, membuatkan aku happy, ak sayang sangat kat Emilly, too anak buah yang lain uncle sayang juga k.....tapi emily lain sangat aku sendiri pun x tahu, sedangkan dia dah adik, tapi tetap lebih kan emily....panggilan "viva" kekal sampai hari ini, itu la uniknya, sampai kan org tanya siapa viva? hanya dia je yang tahu hehe...

K la, aku ni dah merapu banyak dah ni, mata pun dah kuyu dah ni, nth betul tidak ayat aku, main type je....maaf la k.......sekali lagi selamat hari raya.......sekian dari aku.....jumpa di next entry...

5 comments:

pudenz said...

salam aidilfitri maaf zahir
batin

Khairiz said...

pudenz : selamat hari raya aidilfitri juga buat kamu :)

Normi Nieza said...

selamat hari raya khai...comel la emily tu..:)

Normi Nieza said...

selamat hari raya khai...comel la emily tu..:)

Rizman Khairul said...

Kak Norm : Selamat Hari Raya juga..aah memang la comel, tgk la uncle dia plak