Voice Blogger

Assalamualaikum.

Apa itu Voice Blogger, Suara blog lah, iaitu suara seorang blogger, yang mana selama ini, kita hanya menaip saje kan, kita bersuara pun melalui patah perkataan, bukannya dari tone suara kita.

Kenapa aku nk citer tentang Voice Blogger nih? Bulan 5 yang lepas, aku terima email dari seorang penulis skrip, yang menyatakan blog Tentang Lelaki itu terpilih untuk menjadikan salah satu subjek dalam program bual bicara Voice blogger ini, pada mula nya agak la terkejut, sambil bertanya kenapa aku? lepas soal selidik tanya mana tahu pasal blog aku, dan camna boleh pilih aku, so jawapan nya adalah google search. Dan blog aku itu entry nya semua tentang fakta dan kesihatan bagi lelaki.

Agak la lama juga ak x update blog tu, hehehe apa2 pun aku berterima kasih banyak2 lah, kerana telah memilih aku untuk di temu bual. Pengambaran dah pun berlangsung bulan 7 hari tu, sebelum puasa dimana malaysia dilanda jerebu ketika itu, cuma tunggu disiar kan je,

Tapi ak x mau tengok, kerana aku malu, sebab masa tu ak blm sedia apa2 pun lagi, skrip yg diberi sebelum tu pun ak blm hhs baca, mula la tergagak-gagak nak jawab soalan yang ditanya.

Maklum la, aku ni boleh bersuara dalam blog je, x terlintas pun untuk bersuara betul, sekadar bercakap sorang2 depan lappy itu je hehe..ini plak dengan ada camera kat depan, lagi la.....lagi satu yang ak segan tu, sebab buat kat Gym kan, yang ak lak memang x masuk gym, so banyak lah alat2 Gym yang ak x tahu gunakan...apa2 pun enjoy bagi diri aku..

kalau boleh x nak tau bila program tu akan disiarkan hehe. Disini aku ambil kesempatan mengucap kan ribuan terima kasih kepada semua krew2 yang terlibat hari tu, sampai berpeluh2 buat recording, dan banyak sabar dengan karenah aku, yang selalu suruh cut hehe, bukan sengaja, masa tu ak blm ready. Dari jam 3 sampai jam 7 ptg berusaha menjayakan recording tersebut, terima kasih sekali lagi dan ampun maaf sekiranya aku ada wat salah dan silap pada hari itu, dan terima kasih kepada penulis skrip kerana sudi memilih ak tuk terlibat sama.

Harap faham k...ak hanya sekadar blogger je, dan dah terbiasa menulis blog, dan jarang bercakap pasal blog.

Jumpa lagi. cukup disini saje :)

No comments: