Sejarah Berulang

Pernah suatu ketika dahulu, aku telah menyatakan bahawa aku tidak mahu dan tidak akan kerja sebagai Programmer lagi, selepas aku kecundang suatu masa dahulu.

Tetapi Allah swt lebih mengetahui, dan ini mungkin sudah tertulis untuk aku, rezeki aku berpihak kepada bidang ini. Telah banyak kali aku cuba kerja berlainan bidang, tetapi tidak dapat kekal, mungkin rezeki aku bukan di sana.

Setelah hampir 3 tahun aku meninggalkan dunia Programmer ini. Kini aku kembali bergelar seorang Programmer dan kalau boleh aku cuba untuk kekalkan life aku yg sekarang ini. Walaupun aku tahu itu amat sukar bagi diri aku.

Aku bukan lah seorang Programmer yang hebat seperti Programmer yang lain. Tetapi aku akan usaha dan cuba untuk menjadi seorang yang hebat. Dengan Azam dan keyakinan Diri yang kuat InsyaAllah impian aku bakal menjadi reality suatu hari nanti.

Banyak benda yang harus aku pelajari dari sekarang, aku tahu ini adalah satu cabaran bagi diri aku..dan aku menyahut cabaran itu..insyaAllah aku akan lakukan yang terbaik.

Alhamdulillah aku bersyukur pada Allah swt kerana telah memberi peluang kepada aku sekali lagi..Dengan izinNya aku akan buat yang terbaik dan terbaik. Terima Kasih diatas rezeki yang telah Engkau berikan kepada aku selama ini.

Terima kasih kepada keluarga ku terutamanya bonda tercinta kerana tidak pernah jemu mendoakan kebaikkan dan kejayaan anaknya serta sokongan yang kuat dan memahami akan kehendak anaknya. Kepada sahabat2 taulan yang tidak pernah jemu terus memberi semangat serta sokongan dan kepada anda semua terima kasih tidak terhingga segala jasa kakian hanya Allah swt shj yang dapat membalasnya.

Entry kali ini agak panjang sedikit..ampun maaf dipinta jika ada tersalah kata terover menaip dan sebagainya..Aku juga mendoakan kejayaan untuk korang semua..

No comments: