Selagi ada peluang

Perjalanan hidup kita ini, kita tidak tahu sampai bila ia akan terhenti dan bagaimana penhujungnya kehidupan kita. Semuanya sudah tersurat di dalam diri masing-masing. Hanya yang Maha Mencipta lagi Maha Mengetahui segala-galanya.

Menaip lah selagi tangan ini bisa untuk menekan keyboard, bila tangan berhenti untuk menaip bermakna nya hanya coretan yang meninggalkan kesan sampai bila-bila. Selagi peluang masih ada, guna lah sebaik yang mungkin. Kerana tulisan boleh meninggalkan kenangan dalam kehidupan seseorang.

Di sini lah medan  untuk aku berkongsi cerita, berkongsi pengelaman, malah sebagai buku catatan aku, walaupun kusam dan muram, tapi masih boleh mewarnai, selagi nyawa di kandung badan, selagi kudrat masih ada, selagi peluang masih ada. Akan aku teruskan coretan aku.

Setiap cerita yang aku kongsikan akan memberi kenangan kepada diri aku sendiri bila membaca nya, setiap manusia ada perbezaan nya  , ini lah yang dikatakan uniknya ciptaan Allah swt. Masing-masing mempunyai idea nya tersendiri, ada caranya tersendiri, ada bakatnya tersendiri, ada keistimewaan tersendiri.

Kehidupan kita tidak selalu ceria, tidak selalu gembira adakalanya kesedihan juga perlu ada, ini adalah normal bagi liku-liku kehidupan kita sebagai manusia. Kita berbeda, apa yang kita Nampak, x sama apa yang kita rasa dan alami. Setiap org pasti ada prinsip dan matlamat hidup masing-masing, hanya diri sendiri sahaja yang tahu, dan tahu camana untuk merealisasikan nya.

Selagi bukan titik nokhtah yang terakhir dari aku, bermakna aku akan terus mencoret dan mewarnai blog aku yang usam ini.

2 comments:

Normi Nieza said...

akak sentiasa sokong khai..:)

Rizman Khairul said...

kak norm : terima kasih x terhingga :)