Awas Ekstrem Tanpa Ilmu




Assalamualaukum , happy weekend buat sahabat-sahabat aku sekalian, dalam kebusanan petang ni dari tida buat apa-apa, aku terbaca satu artikel yang bertajuk "Awas Ekstrem Tanpa Ilmu" tertarik plak dengan artikel ini, membuatkan aku ingin berkongsikan dengan korang semua.

Akhir zaman ini kita dapat melihat pelbagai ragam dan karenah manusia yang seakan-akan mengiyakan tanda akhir zaman seperti disabdakan oleh Nabi Muhammad SAW dalam hadis Baginda.



Antara tanda akhir zaman yang dapat di lihat secara jelas didepan mata kita hari ini ialah sifat berlebih-lebihan umat manusia dalam pelbagai perkara termasuklah bidang agama.

Kemunculan ajaran baru sejak sedekad ini perlu dibimbangi oleh kita kerana pengaruh ajarannya bukan saja boleh menular untuk merosakkan keteguhan iman dalam diri, lebih membimbangkan lagi keupayaanya untuk menggangu gugak anak cucu kita masa depan.

Beberapa bulan yang lalu , kita dikejutkan dengan kes pembunuhan orang kuat Jabatan Agama Islam Pahang yang ditembak oleh pembunuh upahan akibat pembabitan secara langsung Allahyarham yang giat membanteras sebuah ajaran sesat yang menular di negeri itu.

Beberapa hari kemudian, suspek  pembunuh dan juga ketua ajaran sesat yang dikenali sebagai "Tuhan Harun" berjaya diberkas. Penangkapan suspek memudahkan tugasan pihak berkuasa untuk mencari dalang sebenar kes pembunuhan berprofil tinggi itu.

Kes ini mengingatkan kembali kita betapa negara ini tidak pernah sunyi daripada kemunculan agama baru. Tentu kita masih ingat ajaran sesat yang dibawa oleh Ayah Pin yang mendakwa dialah ketua kerajaan langit.

Tidak kurang juga Kahar Ahmad, yang mendakwa dirinya sebagai Rasul Melayu kononyan diutuskan untuk membimbing umat Melayu. Sebelum itu, mungkin ada kalangan kita yang berkesempatan menonton video orang kurang siuman ini serta pengikutnya yang jelas amat menggagumi kahar sebagai 'Rasul'.

Hinggakan pada satu tahap yang ekstrem, mereka mempercayai segala ajaran songsang dibawanya termasuklah ganjaran syuga yang kononya dijanjikan oleh si Kahar ini tadi. Mereka juga dengan ekstrem turut 'berjuang' dan sanggup melakukan apa saja demi melindungi kahar ini dari ditangkap oleh pihak berkuasa .

Dalam Islam, kita diperintahkan Allah untuk menyembah dan mengesakan Allah tanpa perlu mengkaji dengan mendalam siapakah sebenarnya Allah, bagaimana sifat Allah itu dan sebagainya. Kerana semua itu sebenarnya bakal menghakis keimanan kita sedikit demi sedikit lantaran terbatasnya akal fikiran kita untuk memikirkan persoalan-persoalan tauhid ini.

Selalunya kita mendengar bahawa syaitan dan iblis mudah merosakkan pemikiran manusia yang kosong daripada ilmu - ilmu agama . Tetapi kita juga harus ingat betapa syaitan dan iblis juga mudah  merosakkan pemikiran umat islam yang ekstrem mengenai sesuatu perkara  tanpa berbekalkan ilmu serta terlalu rajin melayan persoalan yang sepatutnya tidak perlu difikirkan.

Mudah-mudahan Allah melindungi kita serta keturunan kita daripada sifat ekstrem ini dan mudah-mudahan kita dapat pelindung daripada ujian ini.

sumber : HM

5 comments:

Hanih Borhan said...

Salam...

Yup, awas fitnah akhir zaman, ajaran sesat timbul b'leluasa... Kadang2 kita tak sedar pun, tau2 dah masuk berita, tau2 dah ada org meninggal kena tembak, kan...

Bila ada org mengaku Tuhan atau Nabi tu dah teruk, tapi lagi sdey bila ada pulak org yg ikut :(

Nauzubillah, minta kita semua dijauhkan...

Mawardi Yunus said...

Salam boh, nk jemput demo join kontest pertama kawe buat. http://www.mawardiyunus.com/2013/12/pelancaran-kontes-u-blogger_7.html

Rizman Khairul said...

@HANIH BORHAN : percaya pada yang satu sudah...ada akal kita fikir dengan waras, baru la kita x terjebak dengan ajaran sesat ni

Rizman Khairul said...

to Bro Mawardi Yunus, thanks a lot coz invite...da siap da

Ida Syuhada said...

Salam ziarah... macam2 fitnah akhir zaman ni