Bersyukur apa yang kita ada.



Bila di tempat kerja badan menjadi lesu, otak menjadi beku untuk memikirkan perihal kerja, saat demi saat menghintung waktu untuk tiba waktu tamat kerja. Seminit bagai kan satu jam, bila jam sudah hampir ke waktu penamat tetiba rasa semangat yang hilang tadi muncul kembali. Ini lah lumrah kehidupan seharian bagi orang yang bekerja.

Rutin harian dari hari isnin hingga hari jumaat, tidak pernah berubah, bangun seawal jam 6 pagi, bersiap-siap untuk turun kerja, perkara pertama yang bermain di minda setiap pagi adalah memikir kan pasal kesesakan jalan raya di ibu kota ini, tiada satu pun jalan yang tidak pernah sunyi dari kesibukkan pelbagai kenderaan yang berada di jalan raya. Walaubagaimanapun itu lah yang harus kita hadapi.



Bermula kerja jam 9 pagi hingga lah jam 6 petang, ini lah yang kita lalui dan kita tempuhi demi mencari rezeki sesuap nasi, kalau tidak kerja mana mungkin kita nak teruskan kehidupan kita, dengan keadaan zaman sekarang ni, semuanya memerlukan wang, bila di fikirkan tentang wang ini, tidak pernah cukup. Dek kerana kita menunggu sebulan gaji, tetapi untuk menghabiskannya dalam masa sehari, kerana terlalu banyak tanggungan yang perlu di bayar, termasuklah sewa rumah, ansuran kereta, bil api, dan pelbagai bil lagi yang harus di bayar setiap hujung bulan. Jangan kata bab simpanan, makan minum pun belum kira lagi.

Nak mengeluh tiada guna nya, selagi kita tidak mencari alternatif lain atau senang cakap cari side income untuk menampung balik kos sara hidup kita seharian, dengan segala benda harga yang di naikkan, kata nya demi kepentingan negara, sedangkan rakyat nya menderita, di mana janji2 mu pada suatu ketika dahulu?

Apa-apapun kita harus bersyukur dengan nikmat kurniaan yang Allah berikan kepada kita, walaupun hidup besederhana, kerana ini lah yang bagus, supaya kita tidak mudah lupa diri dan bemegah dengan apa yang kita ada. Terima lah seadanya, ingat lah orang lain tidak boleh mengubah hidup kita kecuali kita sendiri.

Apa aku taip2 panjang ni pun ak sendiri x tahu, kalau ada salah silap atau tersalah maksud harap di maafkan ya. Selamat Malam Assalamualaikum.