Happy Saturday.

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat anda semua.

Soalan pertama wajib ak tanya dan jawapannya sukar tuk di jawab...korang semua apa khabar? Ada baik ka? InsyaAllah semoga semuanya sihat2 belaka.

Dalam kita xsedar, kita dah pun berada di penghujung tahun 2013..tak lama lagi tahun baru akan muncul, umur baru pun akan muncul, insyaAllah semoga kita semua panjang umur dah sempat berjumpa ngan awal tahun baru nanti.

Azam tahun ni pun blm tercapai lagi. Dah sibuk dok fikir azam baru..setiap tahun azam nya berlaianan tapi satu pun blum tercapai..orang kata kalau azam sekadar kata2 atau ucapan sahaja tidak disertakan usaha yang bersungguh-sungguh tidak nya kita gapai azam itu. Betul tak?

Cuba kita imbau kembali apa yang telah kita lakukan sepanjang tahun 2013 ini, mesti banyakkan memory tersimpan. Kenangan2 manis dan pahit sama rata je kan? Adakah kenangan atau kesilapan yang sebelum ini kita ingin carry forward ke tahun baru? Adakah sampai nya 31hb 12 nanti kita kunci terus buku kita?

Memang kita x akan bawa semua ini ke masa akan datang. Cuma kita haruslah memperbaiki segala salah dan silap yg telah kita lakukan sebelum ini. Supaya ianya menjadi lebih baik dari yang sebelumnya.

Segala kenangan lampau menjadi satu iktibar dan pengajaran kita utk teruskan kehidupan kita di dunia yg fana ini. Pengelaman mematang kan diri kita dari segi apa jua pun. Pengelaman juga mengajar kita erti kehidupan yang sebenar.

Ingat ini semua pinjaman sementara sahaja. Tiba masa nya Dia akan ambil kembali apa yang Dia telah beri pinjam..amal kan hidup bersyukur atas segala nikmat dan kurniaaNya. InsyaAllah semoga hidup kita lebih ceria dan gembira lagi.

Ada masa kita jumpa lagi.. cukup di sini dulu ya...Assalamualaikum

No comments: