Mayat Peniaga Emas di temui berulat dalam semak


Assalamualaikum dan selamat, kisah ni dah 2 hari dah berlaku, hari ni baru keluar dalam paper, Arwah ni kalau x silap ak kenal, kalau x silap dia ibu mertua kepada kawan aku. Macam2 kes sekarang ini, mudah je bunuh membunuh ini, ini lah di katakan Malaysia aman. Ikuti berita dari sinar harian ini 





MACHANG - Keluarga mangsa bunuh tidak menyangka kehilangan ibu mereka, Tuan Faridah Tuan Losen, 60, selama empat hari sejak Ahad lepas, berakhir dengan berita kematian wanita itu.

Mayat wanita yang bekerja sebagai peniaga emas itu ditemui di kawasan semak di Kampung Chekok Budu, Paloh Rawa di sini semalam.  

Anak kedua mangsa, Nik Mohd Zumairi Hanapi, 32, berkata ibunya ada menerima panggilan daripada orang yang tidak dikenali, dan dia memaklumkan kepada rakannya untuk berjumpa individu berkenaan.

"Namun sehingga pukul 4 petang pada hari yang sama, ibu masih belum pulang menyebabkan kami sekeluarga bertindak membuat laporan polis mengenai kehilangan arwah," katanya kepada pemberita di rumahnya di Kampung Raja Panyit hari ini.

Pada Ahad lepas, Tuan Faridah dilaporkan hilang dari rumahnya dan mayat wanita itu, dipercayai mati dibunuh, ditemui sepasang suami isteri yang sedang mencari rumput untuk makanan kambing mereka di kawasan semak Kampung Chekok Budu, Paloh Rawa pada kira-kira 6 petang.

Sementara itu, menantu mangsa, Syeikh Ibnu Hajar Jusoh, 36, berkata sebelum kejadian, Tuan Faridah keluar bekerja seperti biasa dan tiada tanda-tanda serta perubahan pelik pada dirinya.

"Kami tidak menyangka sekali arwah pergi meninggalkan kami dalam keadaan sebegini. Pemergiannya hanya meninggalkan kenangan pahit kepada kami sekeluarga kerana arwah adalah seorang yang amat baik dengan sesiapa sahaja.

"Kami menerima pemergian arwah dengan tabah dan sentiasa berdoa semoga rohnya dicucuri rahmat serta berharap pihak bertanggungjawab yang menyebabkan kematian ibu mendapat balasan yang setimpal," katanya.

Beliau berkata jenazah ibu mertuanya dibedah siasat di Hospital Machang selepas pengecaman mayat dibuat oleh anggota keluarga.

Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Raja pada kira-kira 11 pagi ini. - Bernama

No comments: