PERGINYA SEORANG INSAN

Ku ukir Sebuah Cerita,
Cerita tentang seorang Insan,
Amat berat untukku Lafazkan,
Amat sukar untukku Luahkan,
Terasa Bagai duri,
Yang tumbuh Subur didalam Hati..

Dia Seorang Pengejar Syurga Ukhrawi,
Baginya hidup ini hanya Sementara,
Namun dia sudah lenyap dimata dunia,
Matinya dia,meninggalkan nama..

Wajahnya suci Ibarat Bulan Purnama,
Suaranya merdu Ibarat seruling Syurga,
Kasihnya mekar dihatiku,Buat selama-lamanya,
Penghibur daku, tatkala duka..

Saat Tuhan memanggil Dirinya,
Hatiku hancur,Tiada terdaya,
Menahan sebak,merindui Wajahnya,
Hilangnya insan permata Dunia..

Perginya Dia bagaikan Mimpi,
Nafasku bagai, hendak terhenti,
Namun itu,suatu realiti,
Perginya dia,tiada pengganti..

Ku Sangka ia dusta,
Namun benarlah,bagai dikata,
Dia pergi untuk Selama-lamanya,
Rinduku Padanya,tiada penghujungnya

No comments: