Ulang Tahun Yang Ke 5


Assalamualaikum.

Dalam sedar tak sedar, blog aku ini dah berusia 5 tahun dah rupanya. Macam baru je ak beblog kan. Banyak kenangan manis dan pahit sepanjang 5 tahun ini. Akan aku simpan kenangan ini sampai bila-bila.

Bila di fikirkan balik seronok sebenarnya berblogging ni, kerana dengan blog kita boleh share cerita kita, kisah kita, pengelaman kita dan sebagainya. Dan blog juga boleh di jadikan sebagai diari atau pun buku rujukkan, yang mana bila kita perlukan kita hanya buka blog kita je dan baca balik entry yang kita nak.

Terima kasih tak terhingga kepada followers blog ini yang sudi mengikuti perkembangan yang tidak kembang blog ini, blog suam2 kuku nama nya hehe, apa pun sokongan dan dorongan amat lah aku hargai.

Dah lama x mengupdate entry kan, terasa kekurangan idea nak taip apa disini. InsyaAllah sikit sebanyak akan aku terus kan kongsi bersama korang ya.

Ramai kenalan yang ak dapat dari blogging ni, semuanya baik2, walaupun ada yang tidak pernah ak jumpa pun, tapi dari blog kita boleh berkawan kan....hebat nya dunia maya ini......

Sebelum berpisah, ampun dan maaf sekiranya selama ini aku ada tersalah dan tersilap dengan korang semua tanpa aku menyedari atau tersengaja...aku insan biasa yang x pernah terlepas dari melakukan kesilapan. Harap2 semua dapat maaf kan ya..

Assalamualaikum.

4 comments:

Marou Apple Hijau said...

tahniah.. 5 tahun tu 1 perjalanan yang jauh. dah otai blogger la ni

Rizman Khairul said...

Haha mana ada otai...biasa2 je

eqbalzack said...

Salam,
Teruskan berkarya saudara...dan
terima kasih atas kunjungan tuan ke blog eqqbalzack.com.

-eqbalzack-

Rizman Khairul said...

Wasalam..

Sama2 . insyaAllah akan di teruskan dan .terima kasih juga kerana kungjungi blog saya.