tiada tajuk

Assalamualaikum dan salam sejahtera :)


Selamat pagi dan selamat tido kepada yang mana da lena time2 camgini, mesti semua penat kan, x pa sabar ye, hari ni hari jumaat dah, sabtu ahad dah cuti, so rehat sepuas2 nya ya.

kepada yang bekerja sabtu ahad sama cam aku tu, harap bersabar la ya, nak wat camana tanggungjawab kita sebagai seorang pekerja, xpa la kita korbankan hari minggu kita dengan melaksanakan kerja, ini adalah yang terbaik untuk kita lakukan, pada kita lalai dan leka dengan keseronokan dengan hujung minggu yang tanpa ada pengisian, kepada yang da bekeluarga tu lain la, waktu hujung minggu dapat spent time ngan anak isteri, itu bagus lah untuk mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan.

hehe...da mula dah merepek aku nih...x tau nak cakap apa,melayan mata yang x mahu nak lelap nih, tambah lak perut tengah kenyang makan satay...tetiba malam semalam mengidam makan satay, Alhamdulillah rezeki ak semalam murah, kawan belanja makan satay, tu la sapa suruh order 50 cucuk satay sorang, x pernah hayat ak habis kan satay sebanyak tu. Baru jumpa orang fanatik ngn satay nih...memang ak angkat bendera putih la lau nak lawan depa nih...aku 10 cucuk pun dah memadai, ni kan pula 50 cucuk....korang boleh la kot kan hehe, ak ni tangki perut x berapa nak besar, so muatan nya terhad la.

Bila stress ngn kerja ni, sekali sekala lepak borak2, makan2, gelak2 dapat gak hilangkan stress kerja, makan pun berselera, lau x baru nak suap nasi ke mulut mula la nk pk pasal masalah kerja, mana la x kurus, lau makan asyik termenung, akhirnya setan gak yang kenyang. sebab apa ak kata setan yang kenyang, sebab lau da termenung confirm nasi yang nak di makan tu x habis.

ini lumrah kehidupun, kadangkala cuba untuk atasi, tetapi sering kali gagal....nak wat camana kelemahan dalam diri tu sentiasa ada, cuba sedaya upaya untuk perbaiki, tetapi sering kali tertewas. Dek kerana hati yang x cekal, cepat sangat nak mengalah.

tu la semakin tua ni, semakin banyak masalah yang nk di fikirkan, x terlepas sesaat pun tuk tidak memikirkan masalah, masalah tu tetiba datang, dan membuat kan kita terfikir. Hidup ni mana ada yang sempurna, cuma apa yang mampu adalah melawan dan mengatasi masalah dengan cara yang berhemah dan profesional. Pemikiran kita seharus nya berfikiran secara matang, kita bukan lagi kanak2.

semuanya ada pada diri sendiri, bab kata pepatah nak seribu daya, x nak seribu dalih....so renung2kan lah....untuk diri sendiri. sekian saje repekan aku pada pagi ni, mata pun dah mengatuk, nampak nya dia nk tido la tu....k la selamat malam dan selamat siang, maaf jika ada salah budi bicara, salah ejaan, salah maksud dan salah sbgainya.......

Selamat Malam

Assalamualaikum....

Awal bebeno ucap selamat malam nya kan? biasa la dah malam ucap lah selamat malam....tapi belum masa lagi nak tido. Malam masih awal katakan.

Penat seharian bekerja hari ni, penat nya x sama cam hari-hari biasa, tanggungjawab nak x nak, terpaksa buat la kan, buat dengan ikhlas hati, lau x ikhlas haram lak gaji yang diterima nanti.

sedih ak tgk blog aku nih,suram je... dah x macam dulu kala lagi, dah cam sama ngn tuan empunya blog ni juga nampak gaya nya...hmmm. Lumrah kehidupan seorang manusia di dunia ini.

adakalanya semangat, adakalanya x semangat....sama cam air, ada masa pasang, ada masa surut. Semua itu bergantung pada diri sendiri, tepuk dada, tanya selera....ada masanya kita berada di atas, ada masanya kita berada di bawah. terima lah seadanya, ini semua ketentuan illahi, hanya mampu merancang, tetapi tidak mampu tunaikan, hanya Allah Yang Maha Esa shj dapat tunaikan.

Hidup seperti di kurung, bagai burung yang di letak dalam sangkar, yang mana pergeraknya tidak bebas, sedangkan ia berhak untuk bebas ke sana sini. sama lah cam kita, kalau x nk keluar dari kurungan itu, kita seakan sama dengan burung....hidup dengan di belenggu masalah, tidak bebas untuk berbuat apa2, hanya mampu mengikut arahan saja.

Pilihan ada pada diri sendiri....terpulang pada diri itu untuk membuat pilihan yang mana. tidak ada sesape pun yang dapat tolong kita untuk pilih.....

apa yang ak merapu pun ak x tau....layan kan je la.....sekian saja, ampun maaf dipinta sekiranya ada salah budi bahasa, tatabahasa, tersalah bahasa dan sebagaiya rasa.

semoga berjumpa di lain waktu dan hari.......

terpilih

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tetiba ingin kongsikan berita gembira, apa dia? nak tau baca keratan email di bawah ini.


Salam,

Saya...., script writer dari produksi Hitech Inovation untuk sebuah program magazine bertajuk 'Blogger Voice" yang memulakan penggambaran pada sekitar Jun nanti. Program ini akan ditayangkan di saluran TVi (180 astro) durasi 30 minit sebanyak 13 episod.

 Blogger Voice adalah sebuah program yang memaparkan suara para blogger yang menulis di ruang maya agar ia menjadi inspirasi kepada masyarakat luar untuk melihat medium blog sebagai tempat ekspresi dan cara berkomunikasi di zaman pasca moden ini.

Program ini akan menampilkan 2 orang blogger yang dipilih berdasarkan populariti dan kesesuaian untuk setiap tema yang akan dibincangkan. Setiap episod mempunyai tema yang berbeza.

 Ini adalah senarai tema bagi setiap blog yang akan dikupas :

 SENARAI PEMECAHAN EPISOD
1. Eps 1 - Blog Celebriti
2. Eps 2 - Blog Jenaka
3. Eps 3 - Blog Seni - (filem, teater, lukisan & etc)
4. Eps 4 - Blog Sukan
5. Eps 5 - Blog Masakan
6. Eps 6 - Blog Selebriti
7. Eps 7 - Blog Kecantikan & Fashion
8. Eps 8 - Blog Pasal Lelaki
9. Eps 9 - Blog Travel
10. Eps 10 - Blog Pasal Perempuan
11. Eps 11 - Blog D.I.Y - inovasi, (bikin kereta, rekacipta and etc)
12. Eps 12 - Blog pasal Photography
13. Eps 13 - Blog Pets (binatang)
Sukacita dimaklumkan bahawa pihak produksi ingin menjadikan anda sebagai salah seorang subjek yang akan dipaparkan dalam program ini nanti. Jadi sebelum bermulanya sesi penggambaran (shooting) saya akan mendapatkan beberapa info daripada pihak anda untuk tujuan pembinaan skrip. Kemudian Production Manager (PM) kami akan menghubungi anda untuk menentukan tarikh shooting sekiranya pihak anda bersetuju untuk bekerjasama.

Pihak produksi bersetuju untuk menjadikan anda subjek dalam tema blog lelaki kerana terdapat pelbagai info menarik yang boleh dijadikan panduan kepada lelaki berkerjaya di luar sana :)

Lokasi penggambaran juga akan ditentukan berdasarkan tema setiap blog dan ia tidak akan mengambil masa yang lama, bergantung kepada keperluan skrip dan durasi setiap episod.

 Saya berharap pihak anda sudi untuk terlibat dalam program ini. Ini kerana proses pembuatan skrip akan melibatkan sesi temubual antara saya dan pihak anda. Ia juga boleh dilakukan secara online sahaja. Semuanya bergantung kepada masa anda. Skrip akan kita emel kepada anda dulu untuk mendapat kebenaran anda sebelum memulakan penggambaran.

 Saya harap anda sudi bersama-sama untuk menjayakan program ini. Pihak produksi akan menyediakan saguhati untuk setiap blogger yang terlibat dalam program ini. Ini semua akan dibincangkan terus dengan producer kami.


 Saya menunggu berita baik dari pihak anda. :)
 Saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.
 Yang benar,
...................
Penulis skrip Blogger Voice

tak sangka plak blog "Tentang Lelaki" terpilih untuk program tersebut, sebab blog tu da lama ak x update, hehehe lagi pun  blog tu banyak info-info dan fakta-fakta tentang lelaki,  so x perlu lah nak update selalu. hehehehehe.

Nampak gaya nya kena rajin la update blog yg lagi satu tu. Dulu buat blog ni just suka2 je, buat sebagai hobi je, tapi bila tgk rakan2 blogger yang lain dengan berblog je mereka boleh maju ke hadapan, ak bangga ngn rakan2 blogger ak yang mana blog mereka  telah terpapar di dada akhabar, di majalah....dan tidak terlintas di fikiran untuk menjadi seperti mereka, hanya mampu beri sokongan sahaja.

tapi apa2 pun, x boleh lari dari tujuan asal buat blog nih.....bukan untuk mencari nama dan populariti, cuma hanya untuk jadi diari di alam maya saja. 

Banyak pujian dan banyak makian dan kritikan yang x membina yang telah ak dapatkan tentang blog "Tentang Lelaki" nih,  tapi itu semua sikit pun tidak buat ak mudah berputus asa. Blog tu juga lah ramai pihak2 yang x dapat nak ak senarai disini, yang mana telah memberi pandangan dan pendapat yang bagus....dan boleh pakai.

Apa2 pun jutaan terima kasih kepada kalian semua, kerana telah banyak memberi sokongan dan kerjasama...walaupun ak tidak seaktif seperti sebelum ini......


terasa panjang plak entry nih, ok la sampai disini dulu ya......