Kebaikan,Keistimewaan,Kelebihan Bulan Syaaban

Selamat datang bulan Syaaban. Seperti bulan Rejab, bulan Syaaban juga mempunyai kelebihan,keistimewaan dan kebaikannya yang tersendiri. Kalau bulan Rejab adalah bulan Allah,bulan Syaaban pula adalah bulan Rasulullah dan bulan Ramadhan pula bulan umatnya. Kalau bulan Rejab istimewa dengan Israk Mikraj manakala bulan Syaaban pula istimewa dengan Nisfu Syaaban. Bulan Syaaban ialah bulan menghapuskan dosa dan bulan Ramadhan ialah bulan menyucikan diri dari dosa.

Bulan Syaaban juga merupakan bulan untuk kita mengejar kebaikan bagi persediaan menghadapi Ramadhan. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

Keutamaan bulan Syaaban di atas semua bulan itu, seperti keutamaan aku di atas semua Nabi dan keutamaan bulan Ramadhan itu di atas semua bulan ibarat keutamaan Allah SWT di atas semua hamba-Nya”. 

As-Syeikh Othman Ahmad Syeikh al- Khaubawi di dalam kitab Duratun Nasihin  menceritakan tentang amalan Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik:

 “Sesungguhnya Allah SWT telah menciptakan laut dari sinar di bawah Arasy, lalu menciptakan satu Malaikat yang mempunyai dua sayap, satu sayapnya di timur dan sayapnya yang lain di barat, sedang kepalanya di bawah Arasy dan kedua kakinya di bawah lapis bumi ke tujuh. Apabila seseorang hambanya membaca selawat untukku di bulan Syaaban maka Allah SWT menyuruh Malaikat itu, supaya menyelam di air. Malaikat itupun menyelam, kemudian keluar dari dalam air serta mengibas-ngibaskan kedua sayapnya, sehingga bertitisanlah air dari bulu-bulu yang sangat banyak sekali. Maka Allah SWT menciptakan dari tiap-tiap titis air itu, satu Malaikat yang memohonkan ampunan bagi orang yang membaca selawat, sampai hari Kiamat.”

Pada malam Nisfu Syaaban ditekankan agar umat Islam melakukan solat sunat Tahajjud dan solat sunat Taubat kerana pada malam ini ialah malam terbaik untuk meminta pengampunan dan rahmat daripada Allah seperti sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

"Apabila tiba malam Nisfu Syaaban, lalu berqiyamullail pada malamnya, dan berpuasa di siangnya, maka sesungguhnya Allah SWT turun ke langit dunia ketika matahari terbenam dan berfirman,“Adakah disana orang yang memohon keampunan, lalu Aku mengampunkan dia? Adakah di sana orang yang memohon rezeki, lalu Aku memberi dia rezeki? Adakah di sana orang yang di beri ujian bala bencana, lalu Aku menyejahterakan dia? Adakah di sana adakah di sana? sehingga terbit fajar.”(Riwayat ibn Majah) 



Antara kebaikan dan kelebihan beribadat dalam bulan Syaaban ialah:

1).  Barang siapa berpuasa tiga hari pada awal bulan Syaaban, tiga hari pada pertengahan, dan tiga hari pada akhir bulan Syaaban akan mendapat pahala seperti 70 orang nabi, dan seperti orang beribadah 70 tahun dan sekiranya dia mati pada tahun itu, matinya seperti mati syahid.

2).  Doa orang-orang yang beriman akan dimakbulkan.
Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud:

"Dalam solat lima waktu yang doanya tidak ditolak ialah semasa malam Jumaat, pada malam 10 Muharram, pada malam pertengahan bulan Syaaban dan pada dua malam raya, iaitu malam hari raya Aidilfitri dan Aidiladha." (Riwayat: Abdullah Umar)


3).  Mohonlah keampunan pada malam Nisfu Syaaban kerana pada malam itu pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat dibuka.

Sabda Rasulullah s.a.w:

"Apabila tiba malam nisfu Syaaban, telah datang malaikat Jibril lalu berkata, pada malam ini , pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat dibuka. Maka dirikanlah solat dan pohonlah doa, sesungguhnya pada malam itu telah dibuka 300 pintu rahmat. Maka Allah mengampuni orang-orang yang tidak menyekutuiNya kecuali ahli sihir dan dukun, orang yang bermusuhan, peminum arak, pezina, orang yang memakan riba’, orang yang derhaka kepada ibubapanya, orang yang suka mengadu domba atau batu api, dan orang yang memutuskan persaudaraan. Sesungguhnya mereka itu tidak akan diampun sehinggalah mereka benar-benar bertaubat dan tidak akan mengulanginya."


Begitulah sedikit sebanyak kebaikan,keistimewaan dan kelebihan bulan Syaaban. Marilah kita tingkatkan amalan kita dan rebutlah peluang yang ada. 

sumber : jakim

SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT DAUS & SYAZA


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Selamat Pengantin Baru Daus & Syaza, semoga Allah merahmati dan merestui penikahan korang berdua dan semoga kekal bahagia hingga akhir hayat. Terlebih dahulu, aku memohon maaf sebab aku x dapat nak hadir kan di hari yang bersajarah korang, diatas sebab dan faktor2 yang x dapat nk dielakkan.

Akhirnya ko dah pun bergelar suami orang, ko bukan lagi bujang seperti sebelum ini, ko da ada tanggungjawab sebagai suami kepada isteri ko. Tahniah aku ucapkan. Sedih juga ak xdapat bersama ko di majlis pernikahan korang di bintulu, insyaAllah yang sebelah pihak ko di kuching ak akan hadir kan diri kesana.


Aku terpanggil untuk mengeluarkan story ko kat laman blog ak ni, di atas sebab2 tertentu yang mana ak rasa aku ingin perkatakan disini, Sebab ak bukan sehari dua kenal ko, malah dah bertahun ak kenal ko, suka duka ko, susah senang ko, pernah aku lalui bersama ko, ak cukup faham dengan ko, dan aku tahu sikap ko camana.

Aku sedih gak la, bila baca komen2 negetif pasal majlis perkahwinan yang bersejarah ko baru2 ni di laman2 media dan blog,  ada je manusia yang x senang hati dan iri hati dengan ko. Tapi ak nasihat kan ko, ko jangan ambil peduli apa orang nak kata, hadapi lah ini semua dgn tabah dan ambil komen2 mereka sebagai iktibar untuk diri ko, supaya ko dapat perbaiki sikit sebanyak kesilapan ko yang sebelum ini.

Kita ni hanya manusia biasa, insan yang lemah, insan yang x pernah terlepas dari melakukan kesilapan, sebab kita bukan insan yang sempurna, tetapi kita diberi peluang oleh Allah swt untuk berubah, berubah dari x baik kepada insan yang lebih baik. ini lah dikatakan lumrah kehidupan nak x nak, kita harus hadapi.

Sekarang ko dah ada kehidupan yang baru, ko harus pandang kedepan, dan jangan toleh lagi kebelakang, tinggalkan segala2nya yang lepas, dan jangan ulangi lagi. dan percaya la pada jodoh yang Allah anugerahkan kat ko, Syaza adalah jodoh ko, dan jaga la syaza dengan sebaik mungkin, walaupun ak x berapa kenal ngn syaza, tapi aku percaya syaza dapat memberi kebahagian kepada ko.

Belum terlewat lagi untuk ko berubah, berubah demi kebaikan, berubah menjadi insan yang baik,menjadi suami yang  baik kepada isteri, keluarga dan masyarakat. Kisah2 ko sebelum ni tinggalkan dan lupakan, ko harus mulakan kehidupan baru ko, buka buku baru dan jalani lah kehidupan ko dan syaza serta keluarga dengan aman dan bahagia dan diredhai oleh Allah swt.



aku sentiasa memberi sokongan kepada ko, baik buruk ko, ko tetap kawan baik aku sampai bila2, ko pun dah ak anggap macam adik aku sendiri...

pedulikan apa orang nak kata, sebab mulut manusia ni bukan boeleh tutup, bila mulut nya penat, berhenti la dia dari berkata-kata, Tapi kan, apa yang nak di kesahkan, sebab ko x rugi apa2 pun pun, malah orang yang iri hati dengan ko adalah orang yang rugi sebenarnya.

Hidup kita ni sudah pun tertulis oleh Allah swt, kita harus terima dengan tabah, dan percaya pada qada don qadar...setiap apa yang berlaku itu, ada hikmah disebaliknya, hanya Allah swt sahaja yang tahu.

Sekali lagi ak nak ucap tahniah kat ko bro!! Nasihat aku jadi lah seorang yang kuat dan tabah dalam menghadapi dugaan dan rintangan yang mendatang. Dan jadi lah ketua keluarga yang baik dan bijaksana dalam menguruskan hal rumah tangga k.


Hari Bahagia.

Assalamualaikum dan selamat pagi semua.

Musim cuti sekolah ni, ramai lah yang dapat kad undangan makan free kan? sama la cam aku, sampai x tepergi pun ada, maklum lah, lokasi masing2 berbeza dan jauh lak tu. So maaf lah kepada kawan2 aku yang dah pun bergelar suami isteri, diharapkan agar bahagia ke akhir hayat hendaknya.

Kawan dah ramai da kawin, aku ni bila lak nak kawin?? ada sape2 nak kawin ngn aku? jom kita kawin...hehehe...offer diri lak, xpa lah ak nk tunggu seorang wanita datang melamar aku. sebab apa ramai yang kata aku ni memilih, depa x tahu, aku ni mana laku, xda sapa pun nak kat aku ni...ehehehe...

Apa2pun aku percaya pada jodoh Allah, jika ada jodoh nya, adalah pasangan nya, Kalau kita mencari sekali  pun, dan itu bukan jodoh kita x jadi gak kan, aku lau boleh nak kawin ngn Jodoh yang telah di tetapkan oleh Allah, siapa gerangan nya? hanya Allah saja yang tahu, ak sabar menunggu dan terus menunggu.

Bercinta la sepuluh tahun pun, kalau Allah katakan itu bukan jodoh aku, x kemana pun. Ak x kesah apa orang nak cakap dan kata pada aku, sebab bagi aku da lali, hidup aku hanya aku dan Allah saje yang tahu. Manusia Allah dah ciptakan mulut untuk bercakap dan berkata, jadi kata la selagi korang boleh kata kan, ak terima ngn ikhlas hati dan redha....bukan redho airline ok.

kepada si suami yang dah sah tu, jalankan tanggungjawab seorang suami dengan betul dan bagus, dan menjadilah seorang ketua keluarga yang baik dan dapat membing ke arah kebaikan, cukup la apa yang ak dengar sebelum ini, jangan la berulang lagi, bukan senang nak kawin, dan bukan susah nk bercerai, jadi elakkan lah dari menjadi seperti ini, ambil lah iktibar dari kawan2 yang sudah kawin.

Syurga isteri dah berpindah ke telapak kaki suami, so masing2 jaga perhungan dengan baik....jika ada salah silap, saling maaf-maafan lah....asam garam kehidupan biasa la, bukan mudah menjalani kehidupan rumah tangga ni, jadi banyak2 lah bersabar ya, dan jangan lupa yang mana ada wat loan tu, lepas majlis ni bayar loan k.....bukan ak perli, cuma nak ingatkan......

Pesanan aku, semoga kehidupan korang bahagia dan kekal buat selama2nya......Selamat Pengantin Baru aku ucapkan kepada semua yang melangsungkan majlis perkahwinan mereka semperna cuti sekolah ini......lepas majlis ni berjimat2 la ya....sebab dah hidup berdua kan? bukan bujang lg.....

masa



Setiap saat yang  berlalu, amatlah berharga bagi kita, rugi jika kita gunakan saat2 itu dgn perkara yang sia2, jika kita tahu masa itu beharga, tidak sekali-kali kita sia2 kan. Masa itu emas. Setiap masa yang berlalu, mana mungkin kita dapat patahkan balik masa itu.

Setiap saat yg kita lalui itu penuh dgn pengalaman, samada pengalaman manis atau pahit, pengelaman ini lah yg mngajar kita erti kehidupan. Pengelaman ini juga mngajar kita mnjadi seorang yg lebih dewasa dan mantang dalam pemikiran.

Masa bersilih masa, hari bersilih hari, bulan bersilih bulan, tahun bersilih tahun, masa kan kita x sedar yg masa tu berlalu dgn pantas, jangan sesekali menyesal dengan masa yg lepas, sebaliknya kita terus untuk masa yg kedepan, jangan toleh kebelakang lagi, kerana ia x akan dapat di kembalikan lagi, apa yg kita mampu perbaiki balik.kesilapan yang lepas agar kita tdk ulang lagi kesilapan yg sama di masa akan dtg.

Pengelaman hidup mematangkan diri kita, pemikiran kita serta tindakan kita untuk melakukan dan menghadapi sesuatu perkara. Jangan kerap kita membazirkan masa yang ada, sebab kita x tau sampai bila, masa itu akan terhenti, guna lah sisa2 masa yang ada dan tinggal ini sebaik mungkin. Supaya kita menjadi seorang yang menghargai dan menghormati masa, sebb kita tau masa tidak sama sekali boleh di jual beli.

Jadilah insan yang berguna dan berjasa pada masa yang ada ini.....sama2 kita ingat masa x akan tunggu kita, malah kita kena kejar masa itu. Bila masa itu terhenti, kita x mampu untk berbuat apa2. Ampun dan maaf jika turutan ayat dan penggunaan ayat dan maksud yang tdk sesuai.