Aku Juga Ada Impian


Assalamualaikum dan Selamat Pagi Semua.

Tentu korang semua dah tido kan? aku biasa la, bila mood ak datang nak menaip, dia x kira waktu datang nya. Al Maklum la aku sekarang ni dah kembali menjadi penganggur terhormat buat seketika waktu, jadi boleh la aku nk tido ikut suka dan bangun pun ikut suka, sebab xda jadual yang menyekat.

Intro panjang2 wat apa, terus pada entry aku pada pagi ini. Setiap manusia yang hidup di atas muka bumi ini, semuanya mempunyai cita-cita dan impian masing-masing. Sama juga seperti aku, aku juga punyai cita-cita dan impian aku sendiri. Apa dia impian dan cita-cita aku, hanya diri sendiri sahaja yang tahu, jadi x perlu la kan nk di heboh2 kan.

Tapi apa yang aku ingin sampaikan disini, adalah masalahnya impian aku dan cita-cita aku blom lagi tercapai, pelbagai halangan dan dugaan dalam proses tuk mencapaikan impian aku ini, mungkin belum masanya lagi kot, tapi kan terasa sikit jeles dalam hati ini, bila melihat kawan2 yang sudah pun tercapai impian mereka, apa yang boleh aku lakukan, hanya lihat dan senyum dan tumpang gembira je.

Banyak sangat impian aku nih, tu yang x tercapai2 lagi. sbg contoh..impian aku untuk mendirikan rumah tangga, dah macam2 cara aku cuba, tapi ada je halangan yang datang, tapi aku x boleh nk salah kan lah, sebab Allah belum bagi aku lagi, mungkin ada yang terbaik untuk aku, cuma aku sahaja yang x nampak.

Impian ni x akan menjadi realiti, sekiranya kita tidak set kan minda kita tuk berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapaikannya, sekadar impian di bibir mulut sahaja, sampai sudah tidak akan menjadi realiti. Itu lah penting nya dalam diri kita ni mesti kena ada matlamat yang betul, di serta kan visi dan misi, baru lah mudah untuk kita capai kan.

Ada beberapa impian aku sudah pun tercapai, cuma impian aku yang besar2 ni, belum tiba masa nya lagi, jawab nya, teruskan berusaha dan banyak2 bersabar. kerana ujian dari Allah sentiasa ada untuk kita sampai ke puncak.

kepada korang semua yang mana belum tercapai impian tuh, ayuh lah kita sama2 usaha ya, jangan cepat mengalah, jangan cepat merungut, jangan cepat melatah dan yang penting jangan cepat putus asa, percaya pada diri sendiri dan yakin lah pada diri sendiri serta banyak2 lah berdoa minta pertolongan dari Allah swt, supaya memudahkan usaha kita ini, InsyaAllah. Mudah2han suatu hari nanti kita akan tercapai apa yang kita impikan, cuma masa sahaja yang akan menentukan samada cepat atau lambat.

Semoga berjaya tuk diri aku sendiri dan korang ya, sekadar ini saje coretan aku pada pagi ini, masa untuk mata berehat...insyaAllah jumpa di next entry k....sapa yang baca entry ni aku sayang bangat sama kamu.

Assalamualaikum.

#WordLess Wednesday





Just Smile :)

Good Morning :)

Assalamualaikum.


Selamat pagi semua, apa khabar hari ni? sihat2 la ye, Jom p breakfast lapar nih. Hari ni cam biasa la juga , xda apa2 yang nk di lakukan, kalau rajin jap g keluar la jejalan sambil tenangkan fikiran, tension sangat ke? haha xda la sesaje je...masalah tu sentiasa ada , x pernah hilang.

Tapi hari nih banyak la dugaan yang ak terima, salah satu nya pepagi kereta buat hal, tetiba tayar pecah, sib baik x langgar divider kat tepi jalan tu....sib baik under control hehe, dah settle pasal tayar terus balik umah, sampai breakfast pun lupa, ingat kan nk makan lunch je, tapi cam xda selera lak nak makan. Kalau rasa lapar baru makan la kot.

Besok balik kg, nama je balik kg, tapi sampai kat Airport je pun, tu pun 2jam je kat airport KB, dan fly balik kl, balik pun sebab nk jemput mak ayah aku dtg KL, hehe, x nak diorang berdua je dtg, so balik jemput la kan.

Dan Jumaat ni lak, aku fly ke sarawak tuk beberapa hari di sana, sempena majlis resepsi daus n syaza, dan sambil2 tu holiday la bersama family, bila lagi nak hodiday sama kan. Ni la masa nya untuk luangkan masa untuk ma n abah.

Tu je aku nk story pagi nih..t aku sambung story d next entry k

Happy Tuesday




Assalamualaikum...
X habis lagi upanya story pasal birthday nih hehehe.
Semalam memasing free, ingat nak lepak2 je ngn birthday girls nih, ya la sama birthday tapi selalu xdapat nk celebrate sama, so semlam pg la lepak ngn Birthday Girl.

X tahu pun ada kek bagai, pandai diorang ni wat suprise kan, dah la order makan banyak, sekali Mr. Farid dtg bawa kek, k la, dari situ dah tahu dah.

Apa2 pun enjoy sangat sebab this year sempat celebrate sama. 


Thanks to all Mr.Farid, Mr.Rach , Mr. Ryzal, Mss Ling Ling dan Miss Mira atas kejutan dan sponsor kek dan cup cake tuk kami , dan belanja makan semalam :)

InsyaAllah next korang birthday ak wat lagi suprise ok :)

Terima Kasih


Assalamualaikum dan Selamat Pagi.



Hehe..awal hari ni aku update blog kan?, maklum la dah time ni ak free hehe. So luangkan masa untuk menconteng blog nih.

Terima Kasih entry nya, terima kasih apa? terima kasih kepada rakan2 sahabat taulan  yang telah wish birthday aku di facebook, twitter, wechat, whatsapp, sms dan call pada hari ini dan semalam, Terharu sangat2 kawan2 aku x lupa hari aku di beranak kan ini. Tq so much, ikhlas dari hati kecil aku ini.

Alhamdulillah, Birthday aku tahun ni juga jatuh pada bulan syawal, tahun lepas first syawal dimana semua umat islam meraikan hari raya aidilfitri, kali ni pun sama masih dalam bulan syawal, syukur sangat2. Walaupun x dapat banyak hadiah, tapi itu tidak la penting, hadiah paling berharga buat aku, adalah korang semua, yang mana ingat hari lahir aku.

Semalam, kononnya x nak celebrate pun birthday, tapi dek kerana busan, so keluar juga la, so alang2 tu celebrate la untuk diri sendiri kat Coffee Bean Pavillion semalam..hehehe. Ok la kan celebrate sendiri, sebab dah tua kan...x perlu la kek besar2, kecik2 pun sudah la, tu pun x habis nak makan.hehehe.




gambar ni pun spotan je ambil .... lately x suka sangat take photo hehe...maybe dah malas dah kot. Hari aku nk rehat puas kat umah je. malas nk keluar hehe.. Semalam pun lepak sekejap je kan, sbb member2 semua kerja pagi, x sama cam tahun2 sebelum nih.

Tapi kan setiap kali birthday selalin wish birthday, ada gak terselit soalan2 cepu emas tuh, tapi x kesah la, patut pun di tanya soalan sebegitu...tapi apa kan daya,, belum ada lagi, sabar n sabar aje la.



so pepeagi nih x nak merapu panjang, cukup sampai disini saja ya.....miss u all...

Happy Birthday To Me :)






Assalamualaikum....

Tanggal 19hb Ogos 2013, bersamaan hari isnin, sama pada hari yang aku di lahirkan juga. Maka genap lah umur aku 18 tahun...eh silap..28 tahun. hehe. Pejam celik pejam x celik2 tanpa aku sedari, umur aku dah hampir mencecah ke 3 siri dah. Tua dah rupanya.

Alhamdulillah sedar pun diri kan? Bila nk dirikan rumah tangga nih...hmm jawapannya, xda orang nak masuk meminang aku, camana aku nak kawin hehe.



Alhamdulillah, syukur sangat pada Allah swt kerana masih memberi peluang kepada aku untuk terus hidup dan sempat di hari lahir aku. Alhamdulillah sebab memberi kesihatan kepada aku di hari lahir aku ini, walaupun tadi dah termakan daging kambing kan, tu namanya mencari sakit sendiri. Tapi Alhamdulillah dapat kawal pening kepala.

Celebrate birthday??? xda plan pun nak celebrate, lau celebrate pun sederhana je, xda la kan nak buat besar-besaran, dah tua kan, kalau budak lagi boleh lah nak buat hehe

Xda apa pun nak dicakapkan di sini,  cuma apa yang aku harap kan di hari lahir aku, Allah perkenankan permintaan aku, semoga panjang umur, murah rezeki dan sihat tubuh badan. 

Tidak lupa juga aku nk ucapkan terima kasih kepada kalian semua ya....


Voice Blogger

Assalamualaikum.

Apa itu Voice Blogger, Suara blog lah, iaitu suara seorang blogger, yang mana selama ini, kita hanya menaip saje kan, kita bersuara pun melalui patah perkataan, bukannya dari tone suara kita.

Kenapa aku nk citer tentang Voice Blogger nih? Bulan 5 yang lepas, aku terima email dari seorang penulis skrip, yang menyatakan blog Tentang Lelaki itu terpilih untuk menjadikan salah satu subjek dalam program bual bicara Voice blogger ini, pada mula nya agak la terkejut, sambil bertanya kenapa aku? lepas soal selidik tanya mana tahu pasal blog aku, dan camna boleh pilih aku, so jawapan nya adalah google search. Dan blog aku itu entry nya semua tentang fakta dan kesihatan bagi lelaki.

Agak la lama juga ak x update blog tu, hehehe apa2 pun aku berterima kasih banyak2 lah, kerana telah memilih aku untuk di temu bual. Pengambaran dah pun berlangsung bulan 7 hari tu, sebelum puasa dimana malaysia dilanda jerebu ketika itu, cuma tunggu disiar kan je,

Tapi ak x mau tengok, kerana aku malu, sebab masa tu ak blm sedia apa2 pun lagi, skrip yg diberi sebelum tu pun ak blm hhs baca, mula la tergagak-gagak nak jawab soalan yang ditanya.

Maklum la, aku ni boleh bersuara dalam blog je, x terlintas pun untuk bersuara betul, sekadar bercakap sorang2 depan lappy itu je hehe..ini plak dengan ada camera kat depan, lagi la.....lagi satu yang ak segan tu, sebab buat kat Gym kan, yang ak lak memang x masuk gym, so banyak lah alat2 Gym yang ak x tahu gunakan...apa2 pun enjoy bagi diri aku..

kalau boleh x nak tau bila program tu akan disiarkan hehe. Disini aku ambil kesempatan mengucap kan ribuan terima kasih kepada semua krew2 yang terlibat hari tu, sampai berpeluh2 buat recording, dan banyak sabar dengan karenah aku, yang selalu suruh cut hehe, bukan sengaja, masa tu ak blm ready. Dari jam 3 sampai jam 7 ptg berusaha menjayakan recording tersebut, terima kasih sekali lagi dan ampun maaf sekiranya aku ada wat salah dan silap pada hari itu, dan terima kasih kepada penulis skrip kerana sudi memilih ak tuk terlibat sama.

Harap faham k...ak hanya sekadar blogger je, dan dah terbiasa menulis blog, dan jarang bercakap pasal blog.

Jumpa lagi. cukup disini saje :)

Aku rindu kan korang


Assalamualaikum dan Selamat Petang.

Disebab kan aku kurang aktif dalam dunia blog nih, sebab tu la ak dah kehilangan rakan2 blogger aku...seriously aku katakan, aku rindu kan korang.

Aku harap korang semua dalam keadaan sihat walfiat hendaknya. Maybe masing2 busy dengan komitment masing2 kot...sama la aku, dek kerana busy ak dah abaikan blog aku nih.

Harapan aku semoga aku kekal aktif seperti waktu2 dahulu. Banyak perkara yang ak nk story, tapi buat masa ni, ak x boleh publish kan lagi story tu, tunggu masa dan waktu yang sesuai, baru aku boleh publish.

Mungkin juga ak dah jarang jalan2 ke blog kawan2 aku, sebab tu la kawan2 aku x tahu aku ni masih wujud lagi or x, selagi blog ni berupdate, tandanya ak masih wujud, jika tetiba blog ak menyepi bertahun-tahun, jawapan nya ak dah x wujud lagi.

Apa2 pun, aku nk ucap terima kasih kat korang semua kerana sudi memfollow blog aku yang x seberapa ini. InsyaAllah ada masa aku akan singgah ke blog korang k....bagi sedikit masa pada aku, untuk arrange kan....sekadar disini saje entry aku kali ini.

Jumpa lagi, bye, take care :)

Andai Ku Tahu



Andai Ku tahu
kapan tiba ajalku
ku akan memohon
tuhan tolong panjangkan umurku

Andai Ku tahu
kapan tiba massaku
ku akan memohon
tuhan jangan kau ambil nyawaku

aku takut
akan semua dosa2 ku
aku takut
dosa yang terus membayangiku

mungkin tahu
malaikatMu kan menjemputku
izinkan aku
mengucap kata tobat PadaMu

ampuni aku
dari segala dosa2 ku
ampuni aku
menagis minta tobat PadaMu

aku manusia
yg takut neraka
namun aku juga
tak pantas di surga

Andai Ku tahu
kapan tiba ajalku
izinkan aku
mengucap kata tobat PadaMu

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI


Assalamualaikum....

Di kesempatan ini aku ingin ucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin kepada semua rakan2 blogger dan pembaca sekalian....terlewat sikit ak wish kan, tapi xpa masih dalam bulan syawal kan?

Ampun maaf sekali lagi, kerana sudah lama aku biarkan blog aku ni x berhupdate, dah penuh dah habuk2 dan sarang lebah..al maklulm la bz kata kan, bz la sangat.....penyakit "M" tu yg buat kan blog ni terbiar hehe,,,sekarang ni dalam proses nk cuci balik habuk2 dan sarang lebah nih.

serba sedikit kisah raya aku, cam biasa je, cam tahun2 lepas gak, masih lagi single, belum sampai seru lagi nk beraya ngn pasangan hehe, cukup la sekadar raya bersama family tersayang hehe. tapi raya tahun ni x terasa sangat, sebab cepat sangat masa berlalu, cuti pun x panjang, balik pun malam raya sebab tu la xda rasa nak raya pun. Raya tahun ni ak x sempat nk menziarahi umah kawan2 aku, maaf sangat. sebab faktor jalan yang sesak membuatkan aku menjadi malas hehehe.

Mana pic raya? hahaha..maaf lah tahun nih ak x bergambar sangat, x tau la knp mood nak bergambar pun malas, tgk je la kad raya aku kat atas tu, tu pun baju raya tahun lepas, baju raya tahun x sempat nak posing hehe, tu guna pic yg lepas, ala kira sama je...tujuan nk sampaikan benda yang sama je. Kalau tgk kawan2 beraya, mak i, beraya sakan diorang, berpasang2 baju nya, raya pertama je penuh pic kat fb. Xpa janji depa heppy kan......

Dek kerana aku lama x update blog kan...so kali ni nk story panjang sikit boleh? hehe mesti lah boleh sebab ni kan blog aku, blog yang mencerita kan kisah aku...kpd yg sudi baca tu terima kasih banyak2 ya. Dan yang view saja pun terima kasih juga....

kenapa ak x rasa nk beraya sangat kali ni, sebab tahun ni raya jatuh pada bulan ogos lagi, tahun lepas jatuh pada hari birthday aku, tahun ni awal sikit, tapi tetap juga dalam bulan ogos, bulan yang paling aku takut, lau org lain bulan birthday heppy kan? tapi sebaliknya, ak x berasa heppy pun, sedih ada la...terpaksa menjiwai watak untuk mengheppy kan org lain hehe...

hye khai, orang beraya mesti lah happy kan, ni sedih plak, kenapa? lau bab kenapa tuh, banyak sebab2 nya, kalau yang follow blog aku yang da lama confirm tahu kenapa, k la, terdetik aku nk bercerita kembali, sebenarnya bulan ogos ni banyak kenangan pahit dalam hidup aku, kenangan manis tu boleh dikira dengan jari...lau yang pahit tu x terkira...mmmmm

Bab tajuk lagu New Boys, Sejarah Mungkin Berulang, memang kena la, tahun ni pun sejarah berulang kembali, seperti tahun lepas, tahun lepas aku resign  sebelum raya, dalam bulan 8 juga, tahun ni pun sama, beza nya kali ni lepas raya pun dalam bulan 8....hari ni last day aku kerja, sedih sangat2 sedangkan aku enjoy kerja sana, tapi dek kerana faktor2 tertentu membuatkan aku terpaksa, xda siapa pun yang tahu hanya diri aku dan Allah saje yang tahu.

aku x nak citer balik kenangan silam yang penuh menyedih kan tu, cukup citer nih je yg dapat aku kongsikan. Ini semua dah tertulis dalam hidup aku, kita x boleh nk melawan takdir, sebab ini semua ketentuan Illahi, apa yang aku boleh kata kan, mungkin bukan rezeki aku.

Lagi beberapa hari lagi untuk aku menyambut hari tua aku, berasa takut sangat, lau boleh x nak ingat pun tarikh birthday, tapi teringat juga, nak x nak terpaksa tempuhi dengan tabah dan sabar.

Ya Allah terima kasih kerana Engkau selalu memberi ujian kepada aku, aku tahu Engkau sayang kan aku, jika sudah sampai masanya aku redha Ya Allah. Kerana aku dah x sanggup lagi.....bukan aku cepat mengalah, sebab sudah lama aku hadapi dan tempuhi...tapi Terima Kasih kerana memberi kekuatan untuk aku terus hidup.

Aku cuba untuk lupa kan kisah lama, tapi kisah tu masih segar dalam ingatan aku. Cukup lah x boleh lebih2 bulan syawal ni x baik sedih2 kan...hehehe...itu kisah aku, biar la aku hadapi sendiri hehe.

Kepada kawan2 ku sekalian, di saat ni aku maaf kan segala salah dan silap korang terhadap aku, walaupun xda pun ak maaf kan, dibulan mulia ini, kita saling bermaafan la ya, sama la ngn aku, aku ingin mohon maaf dari hujung rambut sampai lah hujung kaki, sekiranya aku ada wat salah dan silap, terkasar bahasa yang membuatkan korang terguris, tersindir terkutuk termengumpat dan segalanya lah, ak mohon maaf k, andai nya ini tahun akhir buat aku, halal kan makan minum aku k....dan aku juga halal kan makan minum korang..dan kepada bologger juga sama ak mohon maaf k...0-0 yang lepas biar la lepas, tutup buku lama, buka buku baru k....


Dalam xda pic, adalah terselit sekeping gambar raya aku, tu la baju raya aku tahun nih, simple je, but ok la kan.....raya tahun ni x bertema pun x sempat nak bertema hehehe....warna kuning tu banyak membawa maksud dalam hidup aku, that y tahun ni ak pilih baju kaler nih, walaupun susah nak dapat, tu pun pakai raya pertama je...lepas tu simpan lam almari....hehehehe




tapi si cilik nih, membuatkan aku happy, ak sayang sangat kat Emilly, too anak buah yang lain uncle sayang juga k.....tapi emily lain sangat aku sendiri pun x tahu, sedangkan dia dah adik, tapi tetap lebih kan emily....panggilan "viva" kekal sampai hari ini, itu la uniknya, sampai kan org tanya siapa viva? hanya dia je yang tahu hehe...

K la, aku ni dah merapu banyak dah ni, mata pun dah kuyu dah ni, nth betul tidak ayat aku, main type je....maaf la k.......sekali lagi selamat hari raya.......sekian dari aku.....jumpa di next entry...