Good Night

Assalamualaikum

Cam da lama x update blog ni..baru seminggu rasanya..soalan wajib di tanya..korang apa khabar? Sihat? Hope semua nya sihat walfiat la ya.

Lately keadaan kesihatan agak tidak memuaskan...mungkin rest x cukup kot. Entah la...so far xda la teruk sangat..setakat selsema..batuk n pening je.

Dah masuk minggu ke dua dah ak kerja tempat baru ni. Alhamdulillah lah semua nya ok. Cuma krja jr yg byk , tu biasala nma pun kerja.

Apa2 pn ak bersyukur sangat..masih beri peluang kepada ak tuk terus mnjalani kehidupan seperti biasa.

Terima kasih Ya Allah.

Salam Jumaat



Assalamualaikum, selamat pagi, salam jumaat dan selamat bekerja.

Muncul lagi, just nk tanya khabar je....x sempat nk update sekarang ni, ni pun curi2 masa je hehe.
hope anda semua sihat walfiat la ya...

hari ni last day kerja n cuti 3 hari.....dapat merasa kembali cuti umum, selamat holiday la ya.

Sejarah Berulang

Pernah suatu ketika dahulu, aku telah menyatakan bahawa aku tidak mahu dan tidak akan kerja sebagai Programmer lagi, selepas aku kecundang suatu masa dahulu.

Tetapi Allah swt lebih mengetahui, dan ini mungkin sudah tertulis untuk aku, rezeki aku berpihak kepada bidang ini. Telah banyak kali aku cuba kerja berlainan bidang, tetapi tidak dapat kekal, mungkin rezeki aku bukan di sana.

Setelah hampir 3 tahun aku meninggalkan dunia Programmer ini. Kini aku kembali bergelar seorang Programmer dan kalau boleh aku cuba untuk kekalkan life aku yg sekarang ini. Walaupun aku tahu itu amat sukar bagi diri aku.

Aku bukan lah seorang Programmer yang hebat seperti Programmer yang lain. Tetapi aku akan usaha dan cuba untuk menjadi seorang yang hebat. Dengan Azam dan keyakinan Diri yang kuat InsyaAllah impian aku bakal menjadi reality suatu hari nanti.

Banyak benda yang harus aku pelajari dari sekarang, aku tahu ini adalah satu cabaran bagi diri aku..dan aku menyahut cabaran itu..insyaAllah aku akan lakukan yang terbaik.

Alhamdulillah aku bersyukur pada Allah swt kerana telah memberi peluang kepada aku sekali lagi..Dengan izinNya aku akan buat yang terbaik dan terbaik. Terima Kasih diatas rezeki yang telah Engkau berikan kepada aku selama ini.

Terima kasih kepada keluarga ku terutamanya bonda tercinta kerana tidak pernah jemu mendoakan kebaikkan dan kejayaan anaknya serta sokongan yang kuat dan memahami akan kehendak anaknya. Kepada sahabat2 taulan yang tidak pernah jemu terus memberi semangat serta sokongan dan kepada anda semua terima kasih tidak terhingga segala jasa kakian hanya Allah swt shj yang dapat membalasnya.

Entry kali ini agak panjang sedikit..ampun maaf dipinta jika ada tersalah kata terover menaip dan sebagainya..Aku juga mendoakan kejayaan untuk korang semua..

Alhamdulillah

Assalamualaikum ....

Nak sambung entry yg sebelum ni. Alhamdulillah berkat doa korang semuanya berjalan lancar. Tapi belum tau keputusan lg, kena tunggu tugasan yg diberi tu siap hari ni, sebab besok lg sekali rivew...if everything ok...next monday dah boleh mula...insyaAllah.

Sebelum aku mula tuk bercoding...so nk panaskan enjin, tu blog ni terupdate ni...apa2 pun selamat malam ya.....

Testing

Assalamualaikum dan selamat sore..

Ni saje je nk khabar...jap g kul 3 ada interview...berdebar nih x surut3 lg...maklum lah dulu katanya x nk dah kerja programmer nih...tapi hari ni nk p interview ..coding pun dah ingt2 lupa ni adoiya...dapat ke idok...tunggu je la hasilnya...hope dapat lah....

Dah knp testing? Ooo testing tu nk cuba post entry via handphone nih hah....pakai tlphn canggih xblh nk update blg...tukar phone cikai ni baru blh update blog hehehe...

Tu je nak gtau sbnrnya...maaf la ya....permisi dulu...wish me luck ok...doa kalalian amat diperlukan...jasa baik korang Allah saje yang dpt membalas nya...Aminnnn...

#WordLessWednesday






Selagi ada peluang

Perjalanan hidup kita ini, kita tidak tahu sampai bila ia akan terhenti dan bagaimana penhujungnya kehidupan kita. Semuanya sudah tersurat di dalam diri masing-masing. Hanya yang Maha Mencipta lagi Maha Mengetahui segala-galanya.

Menaip lah selagi tangan ini bisa untuk menekan keyboard, bila tangan berhenti untuk menaip bermakna nya hanya coretan yang meninggalkan kesan sampai bila-bila. Selagi peluang masih ada, guna lah sebaik yang mungkin. Kerana tulisan boleh meninggalkan kenangan dalam kehidupan seseorang.

Di sini lah medan  untuk aku berkongsi cerita, berkongsi pengelaman, malah sebagai buku catatan aku, walaupun kusam dan muram, tapi masih boleh mewarnai, selagi nyawa di kandung badan, selagi kudrat masih ada, selagi peluang masih ada. Akan aku teruskan coretan aku.

Setiap cerita yang aku kongsikan akan memberi kenangan kepada diri aku sendiri bila membaca nya, setiap manusia ada perbezaan nya  , ini lah yang dikatakan uniknya ciptaan Allah swt. Masing-masing mempunyai idea nya tersendiri, ada caranya tersendiri, ada bakatnya tersendiri, ada keistimewaan tersendiri.

Kehidupan kita tidak selalu ceria, tidak selalu gembira adakalanya kesedihan juga perlu ada, ini adalah normal bagi liku-liku kehidupan kita sebagai manusia. Kita berbeda, apa yang kita Nampak, x sama apa yang kita rasa dan alami. Setiap org pasti ada prinsip dan matlamat hidup masing-masing, hanya diri sendiri sahaja yang tahu, dan tahu camana untuk merealisasikan nya.

Selagi bukan titik nokhtah yang terakhir dari aku, bermakna aku akan terus mencoret dan mewarnai blog aku yang usam ini.

Good Morning



Assalamualaikum & Selamat Pagi.

Apa khabar hari ini? sihat? Alhamdulillah kalau semua sihat sejahtera. Aku cam biasa je, pagi ni dah ok sikit perut nih, dari meragam. Maklum la, makanan makan di luar ni x semuanya 100% bersih kan. Kalau kita pilih kedai ok sekali pun, belum tentu bersih sepenuhnya pun walaupun Gred A tertampal kat dinding kedai.

Mana2 pun sama je, melainkan masak sendiri, baru la kita tau bersih atau x kan. hehe pepagi ni ak x nak cakap panjang lebar, nanti penat nak membaca kan.

Saja je nak ucapkan selamat pagi , wat kerja leklok bg pekerja, student lak study rajin2 ya. Mudah2han menjadi insan yang berguna kelak. 

Kami Kembali




Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Setelah beberapa tahun kami tidak dapat berkumpul bersama, pada tahun ni kami berkesempatan untuk bersama kembali. Bandar Kuching menjadi tempat pertemuan kami kembali.

Persahabatan tidak pernah terputus walau berada dimana jua, yang penting kita kena pandai jaga persahabatan kita.

Tahun ni kami genap 3 tahun menjadi sahabat, dalam kami berlima seorang sahaja yang sudah berpangkat Puan, kerana sudah menjadi ibu. Tahniah aku ucapkan. Kepada yang lain aku x tau bila lagi, sama la ngan aku sekali pun x tau bila lagi, hehe.

Macam2 halangan dan dugaan yang kami hadapi, tapi kami tetap bersatu.


Kami akan menjadi sahabat sampai bila2...aku sayangkan sahat2 aku dan kawan2 aku.