Selamat Tinggal 2013





Assalamualaikum dan selamat pagi, pejam celik, pejam celik, rupanya hari ini adalah hari terakhir kita di Tahun 2013. Kejap je masa berlalu kan. Cuba kita imbau kembali apa kenangan dan percapaian kita sepanjang tahun 2013 nih, adakah azam 2013 sudah tercapai? Alhamdulillah sekiranya ada yang dah tercapai, bagi yang belum cuba lagi di tahun 2014.

Agak sedih juga la nak tinggalkan tahun 2013 ni, rasa macam x nak je 2014 datang, di mana tahun menyiksa rakyat katanya. Malam ini kita enjoy sambut kedatangan tahun baru, sebalik nya sengsara untuk hadapi awal tahun.

Apapapun semoga ceria selalu, di kesempatan ini ak ingin memohon maaf seandainya sepajang tahun ini ak ada tersalah buat, atau tersilap atau pun terkasar bahasa dan sebagai nya. Dan x lupa juga selamat menyambut kedatangan umur baru, semoga kita lebih mantang dalam melakukan sesuatu.



SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2014, buat semua rakan2 ku. Gambar kat atas adalah gambar terakhir di tahun 2013.

Mayat Peniaga Emas di temui berulat dalam semak


Assalamualaikum dan selamat, kisah ni dah 2 hari dah berlaku, hari ni baru keluar dalam paper, Arwah ni kalau x silap ak kenal, kalau x silap dia ibu mertua kepada kawan aku. Macam2 kes sekarang ini, mudah je bunuh membunuh ini, ini lah di katakan Malaysia aman. Ikuti berita dari sinar harian ini 


Terima Kasih Kerajaan Malaysia





Tiada ucapan selain dari terima kasih yang tidak terhingga buat kerajaan ku yang tercinta kerana telah membuat rakyat nya menderita. Tahukah anda berapa gaji kami? cukup ke kami nak tampung semua ini, di manakah moto anda "rakyat di dahulukan"???? bukan kami tidak mahu faham dengan kerajaan, tetapi kerajaan sendiri tidak mahu faham apa perasaan dan rasa rakyat yang harus tanggung semua ini.

Terima kasih sekali lagi. Aku sayang negara tanah air ku.

Hukum Menyambut Krismas bagi umat Islam.



MUQADDIMAH

Assalamualaikum dan selamat pagi. Sebelum mula kan kerja, ingin mengambil kesempatan untuk berkongsi satu artikel yang menarik untuk pengetahuan umat islam.

    Tanggal 25 Disember  merupakan tarikh istimewa bagi penganut agama kristian di seluruh dunia. Pada hari tersebut, para penganut agama ini akan meraikan perayaan Krismas sempena memperingati kelahiran Nabi Isa mengikut kepercayaan mereka. Menurut pegangan agama kristian, Nabi Isa merupakan anak kepada Allah S.W.T yang mengorbankan dirinya bagi menebus dosa warisan yang diturunkan dari satu generasi kepada generasi yang lain akibat perbuatan Nabi Adam a.s. yang dikeluarkan dari syurga. Namun berbeza pula kita sebagai seorang muslim yang dikurniakan dua perayaan besar iaitu ‘Idulfitri dan ‘Iduladha tanpa mengingkari Nabi Isa adalah sebagai utusan, bukannya anak Allah S.W.T.

Bersyukur apa yang kita ada.



Bila di tempat kerja badan menjadi lesu, otak menjadi beku untuk memikirkan perihal kerja, saat demi saat menghintung waktu untuk tiba waktu tamat kerja. Seminit bagai kan satu jam, bila jam sudah hampir ke waktu penamat tetiba rasa semangat yang hilang tadi muncul kembali. Ini lah lumrah kehidupan seharian bagi orang yang bekerja.

Rutin harian dari hari isnin hingga hari jumaat, tidak pernah berubah, bangun seawal jam 6 pagi, bersiap-siap untuk turun kerja, perkara pertama yang bermain di minda setiap pagi adalah memikir kan pasal kesesakan jalan raya di ibu kota ini, tiada satu pun jalan yang tidak pernah sunyi dari kesibukkan pelbagai kenderaan yang berada di jalan raya. Walaubagaimanapun itu lah yang harus kita hadapi.

Happy Monday

Assalamualaikum dan selamat pagi....hari isnin ni mesti lah kena ceria kan? jangan malas2 dah dua hari cuti kan.

Hari ni x nak ulas panjang2 biar la gambar yang memberitahu.

KONTES U-BLOGGER

Terlebih dahulu Terima Kasih kepada Bro Mawardi Yunus, kerana sudi menjemput aku untuk join contest nya ini. Jom ramai2 kita support beliau. Entry nya sudah siap bro, sib baik ada kelapangan masa untuk join contest ini. kepada sape2 nak join boleh ikut syarat2 yang telah di nyatakan di bawah ini. sekian.

PELANCARAN | KONTES U-BLOGGER | Assalamualaikum, seperti yang di war-warkan sebelum ini, maka hari ini bermulalah Kontes U-Blogger yang bertujuan membuka ruang kepada rakan-rakan Blogger yang sudah mempunyai brand dan service mereka sendiri untuk sama-sama mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka.

BANNER U-BLOGGER

Syarat-syarat Penyertaan

1. Mestilah Blogger yang berwarganegara Malaysia.
2. Follow blog www.mawardiyunus.com [klik]
3. Buat entri bertajuk KONTES U-BLOGGER
*sila copy coding berikut dan paste di ruangan HTML
4. Sila backlink banner U-blogger ke entri ini.
5. Jawab 1 soalan berkaitan dengan penaja Kontes U-Blogger dan Tinggalkan URL entry dan jawapan anda ke dalam ruangan komen entri ini. * awas jangan jawab dan letakkan jawapan soalan kontes di dalam entry anda untuk mengelakkan peserta lain "copy & paste".

SOALAN : SIAPAKAH PEMILIK MYWIFE CLOSET?


6. Follow blog, Like fanpage penaja dan Follow Google+ penaja.


Instagram

Senarai Blog U-Blogger

U-Blogger Mk Syahir ~ fuh.my [klik]
U-Blogger Dik Bee ~ www.dikbee.com [klik]
U-Blogger Hafizzy Aziz ~ www.fizgraphic.com [klik]
U-Blogger Sue Izza ~ myputeri21.blogspot.com [klik]
U-Blogger Qaseh Dalia ~ www.qasehdalia.com [klik]
U-Blogger Nurramizah Fadzil ~ supersihat.com [klik]
U-Blogger Pari Pari Putih ~ www.paripariputih.com [klik]
U-Blogger Marqis Careno ~ marqiscareno.blogspot.com [klik]
U-Blogger Korakora Art ~ korakoraartdesign.blogspot.com [klik]
U-Blogger Zulhilmi Tempoyak ~ www.zulhilmitempoyak.blogspot.com [klik]
dengan kerjasama Kelab Blogger Ben Ashaari [klik]



Senarai Fanpage U-Blogger
 




PERGINYA SEORANG INSAN

Ku ukir Sebuah Cerita,
Cerita tentang seorang Insan,
Amat berat untukku Lafazkan,
Amat sukar untukku Luahkan,
Terasa Bagai duri,
Yang tumbuh Subur didalam Hati..

Dia Seorang Pengejar Syurga Ukhrawi,
Baginya hidup ini hanya Sementara,
Namun dia sudah lenyap dimata dunia,
Matinya dia,meninggalkan nama..

Wajahnya suci Ibarat Bulan Purnama,
Suaranya merdu Ibarat seruling Syurga,
Kasihnya mekar dihatiku,Buat selama-lamanya,
Penghibur daku, tatkala duka..

Saat Tuhan memanggil Dirinya,
Hatiku hancur,Tiada terdaya,
Menahan sebak,merindui Wajahnya,
Hilangnya insan permata Dunia..

Perginya Dia bagaikan Mimpi,
Nafasku bagai, hendak terhenti,
Namun itu,suatu realiti,
Perginya dia,tiada pengganti..

Ku Sangka ia dusta,
Namun benarlah,bagai dikata,
Dia pergi untuk Selama-lamanya,
Rinduku Padanya,tiada penghujungnya

Awas Ekstrem Tanpa Ilmu




Assalamualaukum , happy weekend buat sahabat-sahabat aku sekalian, dalam kebusanan petang ni dari tida buat apa-apa, aku terbaca satu artikel yang bertajuk "Awas Ekstrem Tanpa Ilmu" tertarik plak dengan artikel ini, membuatkan aku ingin berkongsikan dengan korang semua.

Akhir zaman ini kita dapat melihat pelbagai ragam dan karenah manusia yang seakan-akan mengiyakan tanda akhir zaman seperti disabdakan oleh Nabi Muhammad SAW dalam hadis Baginda.

Jawapan yang paling tepat.

Ramai yang tanya soalan ni beratus ratus kali..penat dah nak menjawab nya...di bawah ini jawapan yang ak rasa tepat kot

Happy Saturday.

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat anda semua.

Soalan pertama wajib ak tanya dan jawapannya sukar tuk di jawab...korang semua apa khabar? Ada baik ka? InsyaAllah semoga semuanya sihat2 belaka.

Dalam kita xsedar, kita dah pun berada di penghujung tahun 2013..tak lama lagi tahun baru akan muncul, umur baru pun akan muncul, insyaAllah semoga kita semua panjang umur dah sempat berjumpa ngan awal tahun baru nanti.

Azam tahun ni pun blm tercapai lagi. Dah sibuk dok fikir azam baru..setiap tahun azam nya berlaianan tapi satu pun blum tercapai..orang kata kalau azam sekadar kata2 atau ucapan sahaja tidak disertakan usaha yang bersungguh-sungguh tidak nya kita gapai azam itu. Betul tak?

Cuba kita imbau kembali apa yang telah kita lakukan sepanjang tahun 2013 ini, mesti banyakkan memory tersimpan. Kenangan2 manis dan pahit sama rata je kan? Adakah kenangan atau kesilapan yang sebelum ini kita ingin carry forward ke tahun baru? Adakah sampai nya 31hb 12 nanti kita kunci terus buku kita?

Memang kita x akan bawa semua ini ke masa akan datang. Cuma kita haruslah memperbaiki segala salah dan silap yg telah kita lakukan sebelum ini. Supaya ianya menjadi lebih baik dari yang sebelumnya.

Segala kenangan lampau menjadi satu iktibar dan pengajaran kita utk teruskan kehidupan kita di dunia yg fana ini. Pengelaman mematang kan diri kita dari segi apa jua pun. Pengelaman juga mengajar kita erti kehidupan yang sebenar.

Ingat ini semua pinjaman sementara sahaja. Tiba masa nya Dia akan ambil kembali apa yang Dia telah beri pinjam..amal kan hidup bersyukur atas segala nikmat dan kurniaaNya. InsyaAllah semoga hidup kita lebih ceria dan gembira lagi.

Ada masa kita jumpa lagi.. cukup di sini dulu ya...Assalamualaikum

Ulang Tahun Yang Ke 5


Assalamualaikum.

Dalam sedar tak sedar, blog aku ini dah berusia 5 tahun dah rupanya. Macam baru je ak beblog kan. Banyak kenangan manis dan pahit sepanjang 5 tahun ini. Akan aku simpan kenangan ini sampai bila-bila.

Bila di fikirkan balik seronok sebenarnya berblogging ni, kerana dengan blog kita boleh share cerita kita, kisah kita, pengelaman kita dan sebagainya. Dan blog juga boleh di jadikan sebagai diari atau pun buku rujukkan, yang mana bila kita perlukan kita hanya buka blog kita je dan baca balik entry yang kita nak.

Terima kasih tak terhingga kepada followers blog ini yang sudi mengikuti perkembangan yang tidak kembang blog ini, blog suam2 kuku nama nya hehe, apa pun sokongan dan dorongan amat lah aku hargai.

Dah lama x mengupdate entry kan, terasa kekurangan idea nak taip apa disini. InsyaAllah sikit sebanyak akan aku terus kan kongsi bersama korang ya.

Ramai kenalan yang ak dapat dari blogging ni, semuanya baik2, walaupun ada yang tidak pernah ak jumpa pun, tapi dari blog kita boleh berkawan kan....hebat nya dunia maya ini......

Sebelum berpisah, ampun dan maaf sekiranya selama ini aku ada tersalah dan tersilap dengan korang semua tanpa aku menyedari atau tersengaja...aku insan biasa yang x pernah terlepas dari melakukan kesilapan. Harap2 semua dapat maaf kan ya..

Assalamualaikum.

Kasihnya Seorang Ibu



Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pagi ni nk kongsi sikit kisah berkenaan anak dan ibu. InsyaAllah  semoga kita menjadi anak seperti ini. aku sayang akan ibu ku.

Saat kau berumur 15 tahun, dia pulang kerja ingin memelukmu.
Sebagai balasannya, kau kunci pintu kamarmu.

Saat kau berumur 16 tahun, dia ajari kau mengemudi mobilnya.
Sebagai balasannya, kau pakai mobilnya setiap ada kesempatan tanpa peduli kepentingannya.

Saat kau berumur 17 tahun, dia sedang menunggu telepon yang penting.
Sebagai balasannya, kau pakai telepon nonstop semalaman.

Saat kau berumur 18 tahun, dia menangis terharu ketika kau lulus SMA.
Sebagai balasannya, kau berpesta dengan temanmu hingga pagi.

Saat kau berumur 19 tahun, dia membayar biaya kuliahmu dan mengantarmu ke kampus pada hari pertama.
Sebagai balasannya, kau minta diturunkan jauh dari pintu gerbang agar kau tidak malu di depan teman-temanmu.

Saat kau berumur 20 tahun, dia bertanya, “Dari mana saja seharian ini?”
Sebagai balasannya, kau jawab, “Ah Ibu cerewet amat sih, ingin tahu urusan orang!”

Saat kau berumur 21 tahun, dia menyarankan satu pekerjaan yang bagus untuk karirmu di masa depan. Sebagai balasannya, kau katakan, “Aku tidak ingin seperti Ibu.”

Saat kau berumur 22 tahun, dia memelukmu dengan haru saat kau lulus perguruan tinggi.
Sebagai balasannya, kau tanya dia kapan kau bisa ke Bali.

Saat kau berumur 23 tahun, dia membelikanmu 1 set furniture untuk rumah barumu.
Sebagai balasannya, kau ceritakan pada temanmu betapa jeleknya furniture itu.

Saat kau berumur 24 tahun, dia bertemu dengan tunanganmu dan bertanya tentang rencananya di masa depan.
Sebagai balasannya, kau mengeluh, “Bagaimana Ibu ini, kok bertanya seperti itu?”

Saat kau berumur 25 tahun, dia mambantumu membiayai pernikahanmu.
Sebagai balasannya, kau pindah ke kota lain yang jaraknya lebih dari 500 km.

Saat kau berumur 30 tahun, dia memberikan beberapa nasehat bagaimana merawat bayimu. Sebagai balasannya, kau katakan padanya,”Bu, sekarang jamannya sudah berbeda!”

Saat kau berumur 40 tahun, dia menelepon untuk memberitahukan pesta ulang tahun salah seorang kerabat. Sebagai balasannya, kau jawab, “Bu, saya sibuk sekali, nggak ada waktu.”

Saat kau berumur 50 tahun, dia sakit-sakitan sehingga memerlukan perawatanmu.
Sebagai balasannya, kau baca tentang pengaruh negatif orang tua yang menumpang tinggal di rumah anak-anaknya.
Dan hingga suatu hari, dia meninggal dengan tenang. Dan tiba-tiba kau teringat semua yang belum pernah kau lakukan, karena mereka datang menghantam HATI mu bagaikan palu godam.
Jika beliau masih ada, jangan lupa memberikan kasih sayangmu lebih dari yang pernah kau berikan selama ini dan jika beliau sudah tiada, ingatlah kasih sayang dan cintanya yang tulus tanpa syarat kepadamu.

Kebaikan Menanti Orang Mukmin Yang Bersifat Sabar



أًلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Sekiranya kita diuji dengan fitnah daripada orang yang iri hati diatas kejayaan kita , diuji dengan kemiskinan, diuji dengan keretakan rumah tangga hingga berlaku perceraian sebagai suami-isteri, diuji dengan penyakit dan mendapat kemalangan, diuji dengan kematian insan yang dikasihi atau diuji dengan kerugiaan dalam perniagaan maka bersabarlah ini semuanya ada hikmah yang baik untuk diri kita sendiri sedangkan kita tidak mengetahui hikmah Allah berikan ujian tersebut . Ianya mungkin kafarah atau penghapusan dosa-dosa kita yang pernah kita lakukan kepada Allah SWT atau ianya sebagai satu cara Allah SWT ingin meningkatkan iman dan takwa kita kepada-Nya dan Dia mengasihi kita supaya dapat memasuki syurga-Nya nanti kerana salah satu jalan seseorang dimasukkan kedalam syurga kerana adanya kerana sifat sabar semasa di dunia.

Terdapat sepuluh kebaikan-kebaikan yang akan Allah SWT kurniakan pada hamba-hamba-Nya yang sabar. Perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut :

Kemulian Hari Jumaat

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan salam penghulu hari untuk anda semua, semoga hari ini semua amalan kita di berkati oleh Allah swt. InsyaAllah. Di kesempatan ini juga saya ingin kongsikan entry kemuluiaan Hari Jumaat, semoga sedikit sebanyak menjadi info dan ilmu untuk kita semua.

Setiap hari dalam Islam mempunyai kelebihan masing-masing. Di antara 7 hari yang ada dalam setiap minggu itu juga, kaum Yahudi berbangga dengan hari Sabtunya dan penganut Kristian pula meraikan hari Ahadnya, maka Umat Islam sudah tentu memiliki hari kebesarannya tersendiri dan amat menghargai dengan Kemuliaan Hari Jumaat sebagai‘Penghulu Segala Hari’.
.
Dalam riwayat lain dari Hudzaifah Radhiyallahu ‘anhu dengan lafaz;

أَضَلَّ اللهُ عَنِ الْجُمُعَةِ مَنْ كَانَ قَبْلَنَا، فَكَانَ لِلْيَهُوْدِ يَوْمُ السَّبْتِ وَكَانَ لِلنَّصَارَى يَوْمُ اْلأَحَدِ، فَجَاءَ اللهُ بِنَا فَهَدَانَا اللهُ لِيَوْمِ الْجُمُعَةِ فَجَعَلَ الْجُمُعَةَ وَالسَّبْتَ وَاْلأَحَدَ، وَكَذَلِكَ هُمْ تَبَعٌ لَنَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ، نَحْنُ اْلآخِرُوْنَ مِنْ أَهْلِ الدُّنْيَا وَاْلأَوَّلُوْنَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ الْمَقْضِيَّ لَهُمْ قَبْلَ الْخَلاَئِقِ.

“Allah telah menyesatkan orang-orang sebelum kita dari hari Jumaat, maka umat Yahudi memperoleh hari Sabtu, umat Nasrani memperoleh hari Ahad. Lalu Allah mendatangkan kita dan memberi kita hidayah untuk memperoleh hari Jumaat. Maka Allah menjadikan hari Jumaat, Sabtu dan Ahad, dan mereka (umat sebelum kita) berada di belakang kita pada hari kiamat. Kita datang paling akhir di dunia, tetapi paling awal datang di hari kiamat yang telah ditetapkan untuk mereka sebelum diciptakan seluruh makhluk.” (Hadis Riwayat  Muslim r.a.)
.
Sebagaimana Allah SWT telah menjadikan kota Makkah dan Madinah sebagai kota Suci; menjadikan Masjidil Haram, Masjid Nabawi dan Masjidil Aqsa sebagai masjid yang paling utama; menjadikan bulan Ramadhan sebagai bulan paling mulia di antara bulan-bulan lainnya, menjadikan malam Lailatul Qadar sebagai malam Seribu bulan; menjadikan sepertiga malam sebagai waktu paling berkesan untuk mendekatkan diri kepada Yang Maha Khaliq; begitu juga hari Jumaat, Allah SWT telah menjadikan Hari Jumaat sebagai‘Sayyidul Ayyam’ atau penghulu segala hari (hari paling utama). Terdapat banyak kebaikan dan kelebihan pada hari ini termasuklah Solat Jumaat.
.
Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Hari paling baik di mana matahari terbit pada hari itu adalah hari Jumaat, pada hari itu Adam Alaihissallam diciptakan, dan pada hari itu pula Adam dimasukkan ke dalam syurga, serta diturunkan dari syurga, pada hari itu juga kiamat akan terjadi pada hari tersebut terdapat suatu waktu di mana tidaklah seorang mukmin solat menghadap Allah mengharapkan kebaikan kecuali Allah akan mengabulkan permintaannya.” (HR. Muslim)

#HAPPY BIRTHDAY EMILY





Xda apa nak di katakan, cuma nak wish Happy Birthday yg ke 4 tuk anak buah viva sayang ni, semoga cepat membesar, semoga menjadi anak yang baik, semoga menjadi insan yang berguna serta taat pada perintah kedua ibu bapa nya.

Uncle nya xdapat balik celebrate Birthday Emily, atas sebab2 tertentu....Hadiah tahun ni tunggu ya...insyaAllah ada.

Kejap je dah 4 tahun dah umur Emily.
#VivaSayangEmily#CuteGirls#MyNiece :)

Tukar Baju Baru

Assalamualaikum.

Sekian lama blog ni x tukar baju, dah berhabuk dan dah rosak dah baju sebelum ni, tu yang tukar baru tu...baru la nampak ceria sikit kan.

walaupun entry x selalu update kan. xda nak kata apa2..saje je nk cakap ini je. jumpa lagi...