Welcome Back !!!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Salam Penghulu segala hari , semoga hari ini adalah hari yang paling mulia dari hari-hari yang lain. Semoga sihat walfiat semua. Ada lagi atau tidak pengikut blog aku ini. Maklum la da lam terkubur sepi, dah bersarang habis dah.

Jadi Pagi ni ak datang bersihkan segala habuk2 yang melekat kat blog aku ini. Maaf la tiada kesempatan masa untuk ak update entry selalu, tidak seperti dulu. Ak sayang dengan blog ni, cuma masa tidak mengizinkan.

Tiada perkembangan yang dikembang dalam diri aku ini, masih sama seperti sedia kala. Ini ak datang sekejap je. nak bersihkan yang mana blh bersih.

Ada masa lg kita bersua ya. ampun dan maaf sekira ak ada wat salah silap ya.

Assalamualaikum.


Menjelang 31 Ogos



Setiap kali tibamu Ogos
mengerling monumen yang lusuh dan tugu berdarah
dalam matang akal fikir
semangat dan kudrat masih berbaki
merisik khabar pejuang yang jauh
dalam lipatan darmawisata merdeka
mahalnya nostalgia.

Manis dan comelmu Ogos ini tiba jua
menyentak lolong makrifat membiak musim
ceriteranya berderai plotnya berkecai
mengirai skrip duga yang tak sudah
atas aspal fatamorgana bumi bertuah.

Ogos yang sujud di kaki merdeka
tanggal tiga puluh satumu tidak pernah hilang
tetap menyimpul senyum
meskipun termateri kenangan pahit
yang mahal dan cantik.

Hari ini mentari 31 Ogos memancar lagi
bersama gemersik angin di bumi bertuah
mendewasakan ukhuwah dan ummah
siap siaga warga berdaulat memahat sejarah
dalam tamadun bangsa yang gah.

Terima kasih pejuang tanah merdeka
terima kasih aduhai tanah airku Malaysia!

Salam Aidilfitri

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.



Pejam celik..pejam celik.. Ramadhan pun sudah tiba di penghujungnya. Begitu pantas masa berlalu sehingga kan kita tidak dapat merasakannya. Syawal pula x sabar2 nak buka tirainya. Sedangkan Ramadhan bersedih x sanggup untuk tutup tirainya.

Ini lah di katakan lumrah kehidupan. Apa-apa pun aku ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri, ampun maaf di pinta andai tersalah silap selama ini.

Selamat Berpuasa


Alhamdulillah, dah masuk hari ke 3 kita menjalani ibadah puasa, harap-harap ibadah kita di terima hendaknya, InsyaAllah.

Bulan Ramadhan adalah bulan untuk kita pertingkatkan lagi amal ibadat kepada Allah swt. Dan juga membuka ruang untuk umatnya bertaubat di atas kesilapan yang telah di lakukan. Guna lah Ramadhan kali ini sebaik yang mungkin, mana kita tahu Ramadhan kali ini adalah Ramadhan yang terakhir untuk kita semua.

tak nak jadi ustaz di sini, sikit2 sudah la ya. Rasa nya semua da tau kan. Jadi selamat menunaikan ibadah puasa dengan sempurna, InsyaAllah.

sebelum di akhiri, layan lagu dari Maher Zain dulu.


ada masa kita jumpa lagi, Assalamualaikum.

Bulan Mulia Bakal Tiba

Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Sungguh lama jari ini tidak menaip untuk coretan di laman blog ini. Alhamdulillah di beri kesempatan lagi untuk mengemaskini kan blog usang ini.

Ramai sudah kenalan blog yang tidak lagi aktif dalam dunia blogger ni, dan ada juga yang masih lagi aktif sampai sekarang. Masing-masing ada komitment.Walauapapun persahabatan kita melalui blog ni di teruskan sampai bila-bila, InsyaAllah.

Sekejap je kan masa berlalu. kita pun sudah hampir nak sambut kedatangan bulan Ramadhan Al-Mubarak, InsyaAllah mudah-mudahan kita semua sempat menjalan kan ibdah puasa tahun ni.

Perubahan demi perubahan yang berlaku, tetapi ak tetap maintain macam dulu juga, xda beza pun. Sebelum akhiri, Ampun kan salah silap ak, dalam sedar atau tidak selama ak berblogger ini, mana tau kot ada yang terasa hati ngn aku ke apa ke, harap dapat maaf kan la, ak pun sudah maaf kan korang semua.

InsyaAllah Ada masa kita ketemu lagi. Assalamualaikum.

Lelaki



Kau melangkah bermula dari lembah
Kau mendaki  setangga ke setangga
Semakin hampir menjejaki puncak
Semakin sering kau di tikam onak
Namun kerana kau lelaki
Derita dapat diselindungi
Tangisanmu rasa di hati

#K.A.M.I 4 TAHUN


Tahun ni #KAMI genap 4 tahun, sekejap je masa berlalu kan? dah macam2 yang berlaku selama 4 tahun ini, Tapi Alhamdulillah sebab sampai sekarang #KAMI masih bersama lagi.

Sahabat-sahabatku,

usah dipandang ke belakang
melihat senja yang sudah berlalu
tetapi lihatlah masa depan kita
yakni perjalanan yang panjang
tetapi sementara
sebelum sampai kepada kematian.

Sahabat-sahabatku
bila tiba waktu pertemuan
usahlah ragu mengungkapkan kata kemaafan
bila tiba waktu perpisahan
usahlah tangisi kepergian rakan-rakanmu
seperti mana mereka menangisi kepergianmu
kerana sesungguhnya semua itu 
ada hikmah yang Allah berikan.

Sahabat-sahabatku, 
jika ada kesalahan dan kesilapan
antara kita, marilah...marilah...
aku seru sahabat-sahabatku semua
agar kita bermaafan antara satu sama lain
supaya kelak tiada yang merana
supaya kelak tiada yang berduka
supaya kelak tiada yang berpura-pura.


Sahabat-sahabatku,
sesungguhnya pertemuan kita
sudah ditentukan oleh Allah SWT
oleh itu marilah kita hargai pertemuan ini
dan sesungguhnya perpisahan kelak
juga adalah takdir Tuhan
yang harus kita terima 
terimalah ia dengan penuh keredhaan.

Sahabat-sahabatku,
terima kasih atas segalanya
semoga kita akan dipertemukan kembali
walaupun mungkin 
pertemuan ini bukan di dunia
tetapi Insya Allah, berdoalah agar kita
dipertemukan di akhirat kelak.


Throwback 2010 #KAMI




#MH370


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat kalian semua.

Hari ini sudah pun masuk hari yang ke 21 MH370 hilang, sekejap sahaja masa berlalu kan? tetapi sehingga kini, saat ini kita belum temui di manakah sebenarnya MH370 berada. Pelbagai usaha dan langkah dalam proses Search & Rescue ini, tetapi masih lagi menemui jalan buntu, walaupun kita hampir tahu yang MH370 sudah berakhir di lautan hindi, bukan senang dan bukan mudah untuk kita temui, sekiranya pemilik Yang Maha Esa tidak mengizinkan untuk di ketemui.

Sebagai Hamba Allah, sebagai Umat Islam, Sebagai Manusia biasa, apa yang kita mampu adalah berdoa dan terus berdoa agar ada sedikit keizinan dari Allah swt untuk memudahkan dan melancarkan proses pencarian MH370 ini.

Sudah tertulis di dalam Al- Quran , sudah dipersembahkan didepan mata kita semua, tentang kebesaran dan kekuasaan Allah swt. yang tiada tandingnya, walaupun kita mempunyai kepakaran teknologi yang hebat sekalipun, kita belum tentu dapat melawan kuasa Allah swt, kerana Allah jua la yang mencipta teknologi itu, bersyukur dan berterima kasih lah di atas segala kurniaan dan anugerah yang telah di beri olehNya.

Pelbagai andaian, pelbagai teori, dan pelbagai lagi berkenaan kehilangan MH370 ini, memang sukar untuk kita fahami, kerana bukan kita berada didalam pesawat tersebut, Hanya Allah swt sahaja yang tahu apa yang telah berlaku sebenarnya. Seandainya MH370 berakhir di dasar laut, bersemadi lah kamu di sana, dan sekiranya MH370 masih lagi bernyawa , pulang lah ke tempat asal mu, keajaiban ini hanya Allah swt juga yang dapat menentukan.

Selama mana sekali pun MH370 bersembunyi, pasti suatu hari nanti akan terjawab segala persoalan yang bermain di minda semua orang di dunia ini. Hanya masa sahaja yang menentukan cepat atau lambat.

Dunia kita ni sudah pun berada di akhiri zaman, apa yang berlaku sekarang ini tiada yang mustahil bagi kita semua. Ini lah kehebatan Maha Pencipta kita  ALLAH SWT. Kun Fa Ya Kun, bila sudah berlaku, kita tidak boleh melawan takdir. Ini semua sudah tertulis.

Teruskan berdoa agar keajaiban bakal berlaku InsyaAllah. dengan izin Allah swt.

Kian Lama

masa x pernah tunggu kita, sebaliknya kita yang kena kejar masa, bila di fikirkan masa memang jawapan nya tiada masa, jika kita x pandai arrange kan masa. Sama la macam ak, selalu tiada masa, hinggakan blog ni terkubur sepi, dan memberi ruang untuk lelabah bersarang.

Untuk Tahun 2014 ni, ni lah entry permulaan aku dengan baju pun baru, just simple untuk aku. Xda apa sangat aku nk story kan, cuma perkembangan nya banyak berubah, badan pun dah makin kembang dan bolat hehe. orang kata semakin bahagia, tapi bagi aku x juga, sama je.

Bab kerja memang selalu busy la, susah gak la nk cari masa terluang, bila blk kerja banyak lak aktiviti luar. so kesimpulan nya memang xda masa.

setakat ini sahaja la ya.....