#MH370


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat kalian semua.

Hari ini sudah pun masuk hari yang ke 21 MH370 hilang, sekejap sahaja masa berlalu kan? tetapi sehingga kini, saat ini kita belum temui di manakah sebenarnya MH370 berada. Pelbagai usaha dan langkah dalam proses Search & Rescue ini, tetapi masih lagi menemui jalan buntu, walaupun kita hampir tahu yang MH370 sudah berakhir di lautan hindi, bukan senang dan bukan mudah untuk kita temui, sekiranya pemilik Yang Maha Esa tidak mengizinkan untuk di ketemui.

Sebagai Hamba Allah, sebagai Umat Islam, Sebagai Manusia biasa, apa yang kita mampu adalah berdoa dan terus berdoa agar ada sedikit keizinan dari Allah swt untuk memudahkan dan melancarkan proses pencarian MH370 ini.

Sudah tertulis di dalam Al- Quran , sudah dipersembahkan didepan mata kita semua, tentang kebesaran dan kekuasaan Allah swt. yang tiada tandingnya, walaupun kita mempunyai kepakaran teknologi yang hebat sekalipun, kita belum tentu dapat melawan kuasa Allah swt, kerana Allah jua la yang mencipta teknologi itu, bersyukur dan berterima kasih lah di atas segala kurniaan dan anugerah yang telah di beri olehNya.

Pelbagai andaian, pelbagai teori, dan pelbagai lagi berkenaan kehilangan MH370 ini, memang sukar untuk kita fahami, kerana bukan kita berada didalam pesawat tersebut, Hanya Allah swt sahaja yang tahu apa yang telah berlaku sebenarnya. Seandainya MH370 berakhir di dasar laut, bersemadi lah kamu di sana, dan sekiranya MH370 masih lagi bernyawa , pulang lah ke tempat asal mu, keajaiban ini hanya Allah swt juga yang dapat menentukan.

Selama mana sekali pun MH370 bersembunyi, pasti suatu hari nanti akan terjawab segala persoalan yang bermain di minda semua orang di dunia ini. Hanya masa sahaja yang menentukan cepat atau lambat.

Dunia kita ni sudah pun berada di akhiri zaman, apa yang berlaku sekarang ini tiada yang mustahil bagi kita semua. Ini lah kehebatan Maha Pencipta kita  ALLAH SWT. Kun Fa Ya Kun, bila sudah berlaku, kita tidak boleh melawan takdir. Ini semua sudah tertulis.

Teruskan berdoa agar keajaiban bakal berlaku InsyaAllah. dengan izin Allah swt.

No comments: